BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gereja dibaling molotov coktail

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Gereja yand dibaling dua butir bom buatan sendiri kira-kira jam 1.30 awal pagi tadi.
< 1 / 2 >
BALIK PULAU - Sebuah gereja di Lebuh Farguhar dibaling dengan dua butir bom buatan sendiri kira-kira jam 1.30 awal pagi tadi.


Bagaimanapun, bom petrol dalam botol yang dipercayai dibaling oleh dua lelaki bermotosikal ke dalam gereja itu tidak meletup dan hanya mengakibatkan kebakaran kecil.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan gereja yang ketika itu sedang meronda.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota forensik dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Siasatan mendapati dua bom buatan sendiri itu adalah jenis molotov coktail.

"Hanya satu biji yang pecah dan mengakibatkan kebakaran kecil dan sebiji lagi terjatuh di kawasan halaman gereja," katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan majlis serahterima tugas jawatan ketua dan timbalan ketua polis daerah barat daya di sini, hari ini.

Abdul Rahim percaya insiden itu ada kaitan dengan kejadian menggantung kain rentang yang menyalahgunakan kalimah ALLAH seperti yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, setakat ini polis menerima 10 laporan mengenai kejadian itu.

"Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada disekitar kawasan gereja berkenaan bagi mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/gereja-dibaling-molotov-coktail-1.244827
 
start dh wayang... sapa la kena jd kambing hitam
 
Yeah wayang dah bermula untuk memadamkan isu2 lain
 
Adoi..kalu x suke pun jgn buat mcm ni..nnt depa yg untung..

Ingat tak dulu ade gereja tebakar sebab kene baling malotov..at last bijan bagi peruntukan utk repair..juta2 plak tu..at last duit dapat, gereja makin cantik..nk marah kenela care bijak..

P/s: dulu surau yg kene lempar kepala babiii tu ape cite? Kalu dapat pampasan pun bgs jugak..bole besarkan jd masjid
 
jatuh kt rumput plak xpecah
 
drama sudah bermula

seperti biasa, sentimen agama dan perkauman menjadi pertaruhan

kita lihat siapa yang kena...
 
Back
Top
Log in Register