Untuk makluman saudara, bagi permohonan MLM agak sukar untuk dipertimbangkan oleh pihak SMIDEC melainkan saudara dapat meyakinkan pegawai penilaian berkenaan keperluan dan aspek peningkatan yang boleh dimajukan oleh syarikat saudara.
Untuk ketika ini berkuatkuasa pada 1 June 2008 pihak SMIDEC telah menaikkan jumlah geran bagi pembelian peralatan mesin dari RM100,000 kepada RM200,000. Tidak lama lagi permohonan untuk syarikat Enterprise akan dimansuhkan. Oleh itu, pihak SMIDEC akan hanya memproses permohonan syarikat Sendirian Berhad dan Berhad sahaja.
Perlu diingatkan sekali lagi berbelanjalah secara bijak dan berperingkat bagi membolehkan saudara memperolehi jumlah geran secara maksimum. Saudara juga boleh memohon Grant Loan dari SME Bank dimana baki kelulusan yang diluluskan oleh SMIDEC akan ditanggung oleh pihak SME Bank. Contohnya permohonan adalah RM1 juta dan geran diluluskan oleh SMIDEC adalah RM500,000 maka baki RM500,000 akan diberikan di dalam bentuk loan oleh pihak SME Bank.
Diharapkan saudara AES dapat memberikan petunjuk berkenaan perkara ini juga kepada mereka yang akan mendapatkan khidmat nasihat dari beliau.
Selamat mencuba.
Debtfreedom