BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geran SMIDEC

Untuk yg br nak bkk bisnes leh je trs ke SMIDEC geran apa yg layak. Sebab tu sy krg ambil pada yg br nak bisnes. sy lebih tumpukan pd packaging ngan proses je. Sapa2 yg dh dptkan khidmat perundingan ngan syarikat kami mesti tau pnylah.
 
aper yg aku tahu.... dari jumlah geran yg kita dapat dia proses dalam 2 bulan pastu... lepas lulus dia amik 10% dari jumlah geran... camtu le
 
Geran SMIDEC nie amat baik terutama kepada mereka yang hendak membeli peralatan atau mesin. Saya sendiri telah hampir 7 kali mendapatkan geran ini untuk tujuan pembelian peralatan mesin di kilang saya. Geran ini diberikan secara percuma 50% dari kos yang telah dikeluarkan oleh pemohon. Tapi ada pecahannya bukan dengan hanya rancang hendak beli mesin nilainya RM500K jangan letak harapan hendak dapat RM250K balik mcm tu sahaja. Tapi ada pecahan. Katakan kamu nak start perniagaan SMIDEC ada berikan geran permulaan perniagaan sehingga maximum RM50K. Setakat ini SMIDEC berikan maximum geran sebanyak RM500K. Syarikat saya juga kerap menggunakan perkhidmatan ini sehingga ke hari ini. Bangsa asing paling kerap menggunakan geran ini jika hendak dibandingkan dengan peniaga melayu. Selamat maju jaya kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan geran ini.
 
salam debtfreedom..ni cek nak tanya sikit kalau nak buka kedai photostate ble ke minta gran beli mesin photostate klu bole mcmne tolon ler ceter sikit kat cni yer dari a-z biar semua tau (debt kan ada banyak pengalaman dgn smidec):"> :">
 
salam debtfreedom..ni cek nak tanya sikit kalau nak buka kedai photostate ble ke minta gran beli mesin photostate klu bole mcmne tolon ler ceter sikit kat cni yer dari a-z biar semua tau (debt kan ada banyak pengalaman dgn smidec):"> :">

Untuk membuka kedai photostate kamu boleh gunakan borang permulaan ini borang bagi Matching Grant For Business Start-Ups boleh klik link ini http://www.smidec.gov.my/detailpage.jsp?page=itaf1 kamu boleh download borang berkenaan dan isi. Maximum bagi geran ini adalah sebanyak RM100,000 sahaja. Di mana kamu boleh mohon maximum dengan syarat kamu telah membelanjakan kos melebihi RM200,000.

Melalui geran di atas kamu layak untuk memperolehi 50% geran bagi penyediaan peralatan mesin fotostat kamu. Bagi pembelian peralatan dan mesin bagi geran di atas smidec hanya berikan maximum kelayakkan pembelian mesin tidak melebihi RM50,000 dari geran. Baki geran RM50,000 lagi boleh dituntut melalui kepelbagaian pecahan di dalam borang geran berkenaan sebagai contoh ubahsuai pejabat, sewa kedai/pejabat, tujuan pensijilan dengan pihak berkuasa, kos latihan kakitangan untuk mesin, latihan pengurusan dan sebagainya.

Pihak Smidec tidak hanya memberi penumpuan kepada kamu pada aspek pembelian mesin semata-mata kerana pembelian mesin hanya diperuntukkan RM50,000 sahaja bagi geran di atas. Oleh itu kamu dinasihatkan supaya membuat permohonan berdasarkan keperluan bukan membelanjakan sekaligus. Dengan pembelian sekaligus akan menyebabkan kamu kehilangan nilaian penting pada geran. Contoh geran di atas nilaian maximum RM100,000 sahaja sekiranya kamu membelanjakan kos pembelian dan operasi melebihi RM300,000 maka maximum geran tetap RM100,000 sahaja. Adalah lebih baik membelanjakan kos setakat yang dirancang sedikit demi sedikit. Dalam kes ini kamu belanjakan kos operasi dan pembelian mesi hanya RM200,000 sahaja oleh itu kamu boleh menikmati maximum geran sebanyak RM100,000.

Selamat maju jaya
Debtfreedom
 
Ooo gitu..mmm ok fahamlatu, tq,tq.tq. kalau ada apa lagi bole cek tanya lagi lakot no.:D
 
Ada pun yg dh ada pengalaman dgn geran SMIDEC ni. Sy mmg x reti nak terangkan dlm forum ni. Sy buat offline tp saje nak share ngan member2 kat sini. Sykt x amik 10% lbh krg 8% je.
 
Geran untuk kedai komputer ade ke.Kat mana nak dapat info lebih tepat ttg geran smidec nie.
 
Back
Top
Log in Register