eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KOTA BHARU 2 Jun - Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta menggerakkan jentera masing-masing bagi melengkapkan pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan maklumat berkaitan sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut akan melengkapkan pelan tindakan dan pelaksanaan yang berkesan bagi manfaat penduduk.
''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio- ekonomi dan politik di kawasan tersebut.
''Laporan tersebut akan diguna pakai dan disesuaikan oleh pihak-pihak yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan diterjemahkan melalui pelaksanaannya kelak oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Bersama Menteri di Auditorium Jabatan Penyiaran Kelantan di sini hari ini yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan di bawah kementerian dan para pegawai.
Rais menambah, UMNO dan BN akan berhadapan dengan ujian getir untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan beliau percaya hati pengundi mampu ditawan dengan pendekatan yang meyakinkan.
''Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM yang secara tradisinya menjadi mata dan telinga kerajaan perlu bergabung untuk mendasari hati penduduk dengan menyalurkan maklumat dasar kerajaan melalui pendekatan yang boleh diterima pakai.
''Misalnya pemimpin BN turut turun padang bersama-sama penduduk kampung melakukan pelbagai kerja amal seperti bergotong-royong dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan daif," ujarnya.
Katanya lagi, pendekatan berhemah dan ikhlas perlu dipraktikkan, tambahan pula rata-rata penduduk di Manek Urai terdiri dalam kalangan orang Melayu dan bekerja kampung.
''Elakkan daripada melakukan sesuatu yang menimbulkan prasangka yang tidak baik dalam kalangan pengundi sebaliknya lakukan dengan ikhlas untuk memperbaiki taraf hidup mereka," ujarnya.
Terdahulu di dalam ucapannya, Rais berkata, budaya minum di gerai-gerai yang terdapat di kawasan mengundi perlu dihidupkan semula oleh para pemimpin di semua peringkat agar rakyat tidak tersilap tafsir atas keikhlasan kerajaan.
''Sekiranya gaya hidup bermewah-mewah tidak diterima oleh penduduk kampung, sikap itu perlu dibuang kerana budaya dan cara hidup berbeza-beza dan menimbulkan tanggapan yang tidak elok," katanya.