BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Genggam api demi suami

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KAJANG: Tindakan pantas seorang wanita menggenggam api mancis yang sudah dinyalakan, menyelamatkan suaminya daripada dibakar hidup-hidup empat penjenayah yang menceroboh rumah mereka di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, suami berusia 37 tahun sebelum itu sudah disimbah petrol di seluruh tubuhnya dan hanya menunggu masa untuk dibakar.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, sebaik seorang daripada empat penjenayah itu menyalakan mancis untuk membakar mangsa, isterinya berusia 30-an nekad bergelut dengan suspek dan berjaya memadamkan api mancis itu dengan menggenggamnya dengan tangan kanan.

“Tindakan berani wanita itu menyelamatkan suaminya daripada dibakar hidup-hidup,” kata sumber itu.


Menurutnya, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit yang leka menonton televisyen di rumah mereka terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Genggamapidemisuami/Article/index_html
 
semenyih skang ni byk kes rompak n bakar... baru cadang nk beli umah area situ...
 
fuhhh...men bakor2 plak da...bahaya betol ni...
dorang potong grill ka nk masuk umah??xkan xdgr??
 
mmg tahap berani penyamun ni....tu pun sbb ramai...cuba sorang2 mahu kena tibai.....laknat punya penyamun
 
relaks...KDN dan PDRM
indeks jenayah masih rendah..
dan rendah berbanding negara jiran...
murid2,,,eja Cipan
.UM.NO - cipan che gu
semenyih skang ni byk kes rompak n bakar... baru cadang nk beli umah area situ...
 
Back
Top
Log in Register