BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng Man Botak tumpas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

JAAFAR MOHD. YUSOF (kiri) bersama pegawainya melihat kereta dan motosikal yang dirampas daripada sindiket Geng Man Botak dalam sidang akhbar di IPK negeri di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. Utusan/Abd. Razak Aid​

SEREMBAN 29 April - sindiket curi kenderaan dikenali sebagai Geng Man Botak berjaya ditumpaskan oleh polis dengan tertangkapnya lapan lelaki berusia 28 hingga 55 tahun dalam Op Lejang sejak pertengahan bulan ini.

Dalam operasi itu, polis turut merampas lapan buah kereta, dua buah motosikal dan tiga enjin kereta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd. Yusof berkata, sindiket itu menyasarkan kenderaan murah untuk tujuan dileraikan sebelum dijual sebagai alat ganti kerana ia sukar diperoleh di pasaran sekarang.

Beliau berkata, polis yang melancarkan Op Lejang membuat beberapa siri serbuan di negeri ini, Melaka dan Selangor sejak 15 April lalu hingga 21 April lalu.

“Dalam serbuan itu, polis menahan lapan suspek lelaki dan menemukan lapan buah kereta, dua buah motosikal dan dua enjin kereta Honda dan Proton Satria,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Jelasnya, antara kenderaan dirampas adalah dua kereta jenis Proton Satria, Proton Wira (tiga), masing-masing sebuah kereta Perodua Kancil, Honda Civic, Naza Citra serta dua motosikal KTM Duke.

Menurutnya, suspek rakyat tempatan yang diberkas didapati mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan kes tipu dan dadah.

Tambahnya, suspek yang berasal dari negeri ini, Melaka, Johor dan Selangor dipercayai bekerja sebagai mekanik dan penarik kereta.

Kumpulan itu, katanya, dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak awal tahun ini dengan modus operandi mereka mencuri kereta lama yang kemudian dibawa ke bengkel untuk dileraikan sebelum menjual alat ganti di bengkel kenderaan di luar bandar.

“Harga pasaran kenderaan yang dicuri itu kini sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebuah,” katanya.

Jaafar memberitahu, pihaknya kini memburu seorang lelaki dipercayai perancang utama sindiket itu dikenali sebagai Man Botak atau nama sebenarnya Muhammad Shahril Izuwan Mohd. Norzlan, 23, dari Bukit Beruntung, Selangor bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda jika sabit kesalahan.
 
Back
Top
Log in Register