Polis tumpas geng lapah pesakit albino
BUJUMBURA - Pasukan polis Burundi menahan 10 suspek yang dipercayai membunuh pesakit albino sebelum menjual bahagian badan mangsa kepada sejumlah dukun di Tanzania.
"Selepas melancarkan operasi memburu besar-besaran selama dua hari, pihak polis berjaya menahan geng yang menculik pesakit albino di Burundi," kata pendakwa raya, Nicodeme Gahimbare.
Kata beliau, sekurang-kurangnya 10 pesakit albino dibunuh sebelum mayat mereka dikerat-kerat dalam tempoh enam bulan lalu di Burundi dan 40 lagi di Tanzania. Bahagian tubuh mangsa digunakan dalam pemujaan perubatan tradisional. - AFP
apa punya jahat ler.......
dah ler org tu mcm tu.....