BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng curi mesin ATM ditumpas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle

SEORANG lagi perompak membantu rakannya menolak mesi ATM berkenan.

ROME: Polis semalam mendedahkan rakaman gambar sekumpulan perompak Itali yang cuba melarikan sebuah mesin pengeluar wang (ATM) dari sebuah bank.

Kumpulan tujuh perompak itu dirakam oleh pegawai sebagai sebahagian daripada siasatan lebih meluas kegiatan jenayah kumpulan terbabit.


Dengan bersenjatakan besi pencungkil dan tukul, kumpulan berkenaan mematikan sistem penggera di dalam bank berkenaan dan kemudian dengan mudah membuka pintu keselamatan untuk memasukinya.

Di dalam, kamera keselamatan menujukkan bagaimana seorang anggota kumpulan penjenayah itu begitu bersahaja tanpa perasaan bimbang akan dikenali ketika dia memerhatikan rakannya mengangkat mesin pengeluar wang ke atas troli dan menolaknya keluar.


Mereka merancang mengangkat mesin berkenaan yang berisi wang kertas berjumlah lebih �30,000 (RM150,000) ke dalam van yang dicuri yang menanti di luar bank berkenaan di kawasan Boccea di Rome.


Bagaimanapun, nasib kumpulan itu berakhir di situ apabila polis serta-merta mengepung dan menahan mereka tanpa sebarang pergelutan.

Jurucakap polis Rome berkata: “Kumpulan berkenaan diawasi sebagai sebahagian daripada operasi lebih besar dan apabila melihat van curi itu di luar bank terbabit, ia serta-merta menarik perhatian penyiasat berkenaan.


“Beberapa anggota kumpulan itu menggunakan besi pencungkil dan peralatan lain untuk mematikan sistem penggera. Mereka memasuki bank itu dan mengambil mesin pengeluar wang.” Menurutnya, enam daripada lelaki yang ditahan itu berasal dari Rome sementara seorang lagi dari Naples. Mereka berusia antara 32 hingga 62 tahun dan kini ditahan di Penjara Regina Coeli di ibu negara Itali itu.

Polis mengesyaki kumpulan itu bertanggungjawab terhadap beberapa kecurian mesin pengeluar wang di Rome dan selatan Itali sebelum ini. - DM



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GengcurimesinATMditumpas/Article/index_html
 
tudia...otai..rompak mesin terus..
blek rumah baru godek2...
 
tak kelas lagi diorg..kat sini pencuri mesin ATM pakai backhoe ( mesin jengkaut )
 
Back
Top
Log in Register