BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng Cicakman tumpas

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Oleh : NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
Tarikh : December 16, 2011

Geng Cicakman tumpas

PUCHONG – Kumpulan sindiket edar dadah digelar Geng Cicakman yang menggunakan kenderaan curi dalam aktiviti jenayah mereka di sekitar Lembah Klang, akhirnya tumpas.

Kumpulan tersebut difahamkan membentuk nama geng seolah-olah judul filem itu, berikutan terdapat tatu cicak pada dada kiri dua suspek lelaki yang diberkas di sebuah kondominium di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, sebelum itu polis memberkas seorang suspek berusia 27 tahun selepas dilihat mencurigakan ketika cuba memandu sebuah kereta Toyota Camry berwarna perak.

Katanya, susulan itu polis menyerbu sebuah rumah di tingkat 13 dan memberkas seorang lelaki berumur 39 tahun yang merupakan ketua kumpulan tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam rumah menemui pelbagai jenis dadah antaranya ketamin, eramin-5, ganja, ekstasi, heroin, syabu dan pil kuda, dianggarkan bernilai RM80,000 serta RM50,000 dipercayai wang hasil jualan bahan terlarang itu.

Katanya, polis juga menemui beberapa nombor plat palsu, cukai jalan palsu dan rangkaian kunci kenderaan curi.

“Kita merampas dua kereta yang dilaporkan dicuri di Johor Bahru. Suspek mengubah suai radio di dalam kereta sebagai tempat menyembunyikan dadah.

“Kenderaan curi ini digunakan khas untuk mengedar dadah di sekitar Lembah Klang. Pemeriksaan juga menemui parang dan pisau yang disembunyikan di dalam kereta,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, semalam.

Beliau berkata, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Proton Iswara serta sebuah kereta jenis Mitsubishi berwarna hitam yang masih tidak diketahui statusnya dan mereka ditahan reman hingga Khamis depan.
 
saiful apek cicakman la ketua geng ni.

p/s : gurau je
 
sape kasik nama kumpulan2 ni..
slu kelakar je bunyi kumpulan2 msia ni...
 
Back
Top
Log in Register