BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Geng budak sekolah' ditangkap

anuarul

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,150
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,150
Reaction score
104
Points
133
gbs.jpg

HALILUDDIN (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian peralatan yang dirampas daripada geng budak sekolah pada sidang akhbar di Pasir Mas, Kelantan semalam

PASIR MAS - Sebelum ini orang ramai di sini begitu terganggu dengan kejadian-kejadian pecah rumah dan sekolah.

Mereka menyangka ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah profesional yang bergerak berkumpulan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, gangguan fikiran dan kebimbangan yang mereka alami selama ini reda apabila polis mendedahkan identiti sebenar penjenayah itu.

Mereka bukan kumpulan penjenayah profesional tetapi mungkin 'pelatih' penjenayah profesional jika dibiarkan bebas aktif dan gagal diberkas.

Polis semalam mendedahkan, berjaya menumpaskan dua kumpulan 'geng budak sekolah' berusia di antara 12 dan 17 tahun yang disyaki terlibat dengan kegiatan pecah rumah dan sekolah dengan tertangkapnya lapan pelajar dan seorang lelaki dalam serbuan di Rantau Panjang dan Bunut Susu dekat sini kelmarin.

Kesemua pelajar terbabit ditahan dalam dua serbuan oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas selepas menerima laporan daripada pihak sekolah dan pemilik rumah terbabit.


kg ako neh bunut susu..:D
 
Back
Top
Log in Register