BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng anak toyol kena cekup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Suspek yang ditahan dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
< 1 / 1 >
KULIM - Tiga suspek terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah yang sering berlaku di kawasan kampung dan taman perumahan di sini akhirnya ditahan Polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD).

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis telah membuat pemantauan sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan terhadap suspek awal pagi kelmarin.

“Kumpulan ini lebih dikenali dengan nama geng anak toyol dan bergerak aktif melakukan jenayah itu bermula jam 11 malam hingga 4 pagi. Polis telah mendapat maklumat lengkap tentang suspek sejak seminggu lalu dan membuat serbuan terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin.

“Setelah disoal siasat, dia bersetuju untuk memberikan kerjasama dengan menunjukkan dua lagi rumah rakannya di mana masing-masing berusia 16 tahun,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek mengaku bertanggungjawab melakukan empat kejadian samun dan pecah rumah sepanjang bulan Julai dan Ogos. Ketika ditahan, ke semua suspek sedang tidur di rumah keluarga masing-masing.

"Ada dalam kalangan ahli keluarga suspek tidak mempercayai kegiatan jenayah dilakukan oleh anak mereka sehinggalah suspek sendiri mengaku terlibat dengan jenayah berkenaan.

"Modus operandi yang digunakan oleh kumpulan ini untuk masuk ke rumah mangsa adalah melalui siling rumah, pintu belakang, pintu hadapan dan tingkap," katanya kepada Sinar Harian.

Antara barangan yang sering dilarikan suspek adalah seperti komputer riba, wang tunai, kamera, barang kemas dan jam tangan.

Kesemua suspek yang ditahan kemudiannya dibawa balik ke IPD Kulim dan akan disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah.



SUMBER:www.sinarharian.com.my/edisi/utara/geng-anak-toyol-kena-cekup-1.195074
 
sejak parti toyol menang, geng2 anak toyol bermaharajalela

syukurlah negara masih aman dan masih bertoyol
 
ini tidak adil!
kami geng toyol akan membuat aduan kpd persatuan penyamun2 sedunia & melantik loyer kami utk membuat rayuan atas ketidakadilan ini!

mana hak kami sebagai penyamun? kami ditindas!
ingatlah jasa kami membantu meringankan beban org kaya dpd terpaksa bayar cukai pendapatan yg tinggi oleh gomen (hahaha)

bila kami rompak harta mereka kurang jadi bleh byr income tax rendah...kan?
 
RUMAH member saya kt tmn selasih pn kna pecah msuk bulan posa yg lalu, ntah2 qeja depa ne jgak pa..ih..ihhh....hebat anak selasih -
 
RUMAH member saya kt tmn selasih pn kna pecah msuk bulan posa yg lalu, ntah2 qeja depa ne jgak pa..ih..ihhh....hebat anak selasih -

jgn happy dlu dorg akan adu dan dptkn an DAP,DAP membela nasib rakyat..:)paid
 
muda2 lagi...tulang 4 kerat masih kuat bertenaga...sayang betul tidak digunakan dengan sebaik mungkin...dok jadi pencuri buat pe...insaflah....
 
Back
Top
Log in Register