demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
PELAKON The Twilight Saga: Eclipse, Taylor Lautner berkongsi cerita pengalaman ciuman pertamanya dengan Kristen Stewart dalam sekuel ketiga filem mengenai pontianak dan serigala jadian.
Dalam satu temu bual menerusi laman web, Lautner mengakui perasaan gemuruh sukar digambarkannya ketika itu. Begitupun, dia gembira kerana dapat menjayakan babak bersama Kristen yang memegang Bella dengan berkesan dalam filem itu. "Perasaan ketika itu cukup gementar. Ada yang memikirkan, saya senang atau selesa melakonkan watak itu. Malah ada yang melihat keakraban saya bersama Kristen mempunyai keserasian yang kuat. "Kerjasama kami menerusi filem ini lebih mudah kerana masing-masing sudah mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama. Malah kami bagaikan rakan rapat dan sebuah keluarga besar ketika menjalani sesi penggambaran," katanya. Difahamkan Lautner yang memegang watak Jacob Black, terpaksa menonton dua filem sebelumnya, Twilight dan The Twilight Saga: New Moon untuk meniru bagaimana gaya Robert Pattinson dan Kristen melakukan adegan bercium itu.
Eclipse berkisar kepada Bella yang berdepan dilema memaksanya memilih antara cinta sejati bersama Edward Cullen dan nilai persahabatannya dengan Jacob. Kehidupan pontianak yang cuba melawan kehendak nafsunya daripada dahagakan darah manusia ini berterusan. Tidak hanya itu, siri kali ini akan lebih fokus episod cinta antara Bella dan Cullen. Kemelut yang melanda jiwa Bella lebih hebat dengan konflik yang tidak pernah diduga olehnya. Malah, timbul persoalan sama ada Kristen sanggup melakukan sesuatu di luar imaginasinya hingga mencemarkan nilai moralnya. Berlaku juga pertempuran antara kumpulan diketuai Jacob dan Cullen dalam berdepan kumpulan pontianak baru yang dicipta untuk tujuan membalas dendam. Gabungan serigala jadian dan pontianak akhirnya mematahkan serangan kumpulan baru berkenaan yang didalangi musuh utama Cullen yang mahu membunuh Bella.
Dalam satu kenyataan menerusi E! Online, Lautner bakal ditawarkan watak dalam filem arahan Matthew Vaughn's iaitu salah satu siri filem X-Men dengan judul X-Men: First Class. Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Lautner menafikan berita yang hangat tersebar luas itu. Malah ada di antara mereka yang terkejut mendengar berita itu memandangkan Lautner masih sibuk dengan beberapa penggambaran filem. Biarpun mengakui penampilan Lautner menerusi filem bergenre fantasi seram itu memberi impak besar dalam karier seninya tetapi mereka bimbang Lautner tidak dapat memberikan komitmen yang penuh kerana terbabit dengan dua lagi sekuel Twilight selepas ini.
X-Men: First Class menampilkan lakonan James McAvoy, Michael Fassbender dan Alice Eve, dijadualkan untuk tayangan pada 3 Jun depan.
sumber