BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar : DAP keluar Pakatan Rakyat?

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
DAP keluar Pakatan Rakyat (PR)? Itulah yang diharapkan oleh Umno/BN. Isu terbaru yang melibatkan enakmen hiburan sekali lagi menggegarkan hubungan PAS dan DAP di Kedah. Isu ini bukan sahaja melibatkan PR Kedah.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.

Perkembangan menyebabkan Umno/BN senyum lebar sampai ke telinga. Namun ianya hanya sebentar sahaja kerana ternyata matang dan professional dalam menjalinkan hubungan tidak sebagaimana BN yang menggunakan strategi ugut, umpan dan rasuah untuk mengekalkan perpaduan dalam BN.


Akhirnya Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengetepikan tanggapan bahawa partinya akan meninggalkan Pakatan Rakyat ekoran kemunculan semula konflik dengan PAS sambil menegaskan, partinya tidak mempertimbangkan idea mengenainya dengan serius.

Pemimpin veteran itu menolak andaian bahawa PAS telah membelakangkan DAP apabila ia memutuskan untuk menguatkuasakan sepenuhnya enakmen yang melarang operasi pusat hiburan ketika bulan Ramadan.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri telah menunjukkan sikap tolak ansur dan kesediaan untuk menyelesaikan konflik menerusi perundingan.
“Isu ini menunjukkan kesediaan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, berbeza daripada Umno,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Salah faham sebenarnya mengenai enakmen 1997 yang diluluskan oleh Barisan Nasional (BN). Enakmen itu memberi kesan ke atas hak dan sensitiviti bukan Islam, tetapi kini ia sudah dibetulkan,” kata Lim.
Lim mengakui bahawa isu itu telah menyinggung ramai ahli PAS dan DAP, tetapi mengakui bahawa masalah tersebut telah diselesaikan dengan baik menerusi penyelesaian menang-menang oleh kedua-dua parti.
 
so..tak jadi la seperti khabar angin tu??
 
baguihla apa yg kedah nak buat... bulan posa..jgn tunduk kat kapiaq...
 
kalo nak sgt berhibur sertailah Chua Soi lek, pelakon porno yg dilantik jadi pemimpin tertinggi MCA tuh..


:eek::eek::eek:
 
kalo nak sgt berhibur sertailah Chua Soi lek, pelakon porno yg dilantik jadi pemimpin tertinggi MCA tuh..


:eek::eek::eek:

Betul tu. Malah kepimpinan UMPORNO pun bersetuju dgn MCA yg tak mahu hudud. kah3 :))
 
kalo nk enjoy sampai pagi, bolehlah gi melaka join umno gi kelab... kalo nasib baik boleh jumpa ali rustam...:)):">:D
 
Back
Top
Log in Register