BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar, bos SAPP ingin ditahan BPR

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Sementara itu, lapor Bernama, Tan masih berteka-teki tentang keanggotaannya dalam parti lamanya itu.

Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan SAPP, Tan berkata:

"Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada BN untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN?

"Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat.

"Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP."

Tan kemudian dilaporkan berkata, kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan.

Beliau, yang ingin melepas jawatan-jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah selepas tindakan SAPP itu, dibenarkan kekal dengan jawatan tersebut.

Status beliau akan diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen BN.

edisi siasat pun tak tau nak siasat sapa

:-? :-? :-?
 
hmmphh...

so, dengan kata lain, BPR (sekarang ini) memang tidak boleh dipercayai.

kena tukar pemerintah nie..
 
panas.......panas........
bongkar..... jgn x bongkar.......
 
mmmmmm......

campurtangan......adeh.....

biler lak nak telus bpr nie
 
ni kes terlebih 'telus' nih..:D :D
 
mmmmmm......

campurtangan......adeh.....

biler lak nak telus bpr nie

kita potong tangan dia..
baru lah tak boleh campur tangan lagi..

tukar jer...:) :)
 
korupsi..
rasuah..
fitnah..
songlap..

bosan2....dah taktau dah..part mane leh pecaya kat gomen ni..
 
bukan ker raymond tu dh disahkn jadi tim.ketua menteri semula?
si teck lee nie kna ISA pn ok gak,
dlu senyap jerk,skrg pndai plak tuntut itu ini..
walhal kawasan sendiri penuh ngan pendatang gak.
 
Back
Top
Log in Register