BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar bom di Menara Eiffel

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PARIS 15 Sept. - Polis memindahkan kira-kira 2,000 pengunjung yang melawat Menara Eiffel di sini dan taman-taman sekitar mercu tanda Paris itu, semalam setelah menerima panggilan telefon amaran bom, namun amaran tersebut didapati palsu.

Dalam tempoh tersebut juga, polis sempat mengosongkan stesen keretapi yang terletak tidak jauh dari gereja besar Notre-Dame selepas amaran bom berbunyi, namun tiada sebarang peralatan bom dijumpai.

"Syarikat pengendali Menara Eiffel menerima panggilan telefon daripada seseorang pada kira-kira pukul 8.20 malam waktu tempatan (2.20 petang waktu Malaysia).

"Pasukan khas dan anjing pengesan telah diarahkan ke kawasan tersebut bagi mengesan sebarang bom dari satu tingkat ke satu tingkat," ujar pegawai polis Paris kepada AFP.

Menara setinggi 324 meter itu yang merupakan salah satu destinasi pelancongan utama mempunyai tiga tingkat dibuka kepada orang ramai. Menara tersebut juga mempunyai dua restoran yang kebiasaannya ditutup pada pukul 11 malam. - AFP
 
Back
Top
Log in Register