BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Sabah, tiada ancaman tsunami

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14174240484026005-375164.jpg

14174240484026005-375165.jpg

14174240484026005-375166.jpg

14174240484026005-375167.jpg

14174240484026005-375168.jpg

14174240484026005-375169.jpg


Gegaran dirasai di kawasan Sabah.
 


Video dari pengguna Facebook di Lahad Datu.
Air berkocak kesan dari gegaran gempa bumi.
 
14174385359170685-375189.jpg

14174385359170685-375190.jpg


BOMBA KOTA BELUD PERGIAT RONDAAN, TIADA PANGGILAN KECEMASAN GEMPA BUMI DITERIMA


Dalam masa sama, pihak JBPM memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan kejadian gempa bumi diterima.

Semua Balai Bomba dan Penyelamat kini melaksanakan rondaan serta pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin selain menilai keadaan struktur dan persekitaran supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Setakat rondaan dijalankan, keadaan dilaporkan terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Sumber Sabah Dimensi

Orang ramai dinasihatkan agar kekal tenang serta segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berlaku sebarang kejadian atau kecemasan.
 
7981cbe8-gempa-sabah-metmalaysia-pic-230226-1.jpg

MetMalaysia berkata ia akan memantau keadaan dari semasa ke semasa susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan Sabah. (Gambar MetMalaysia)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 km.

“Pusat gempa bumi tersebut berada pada jarak 49 km ke Barat dari Kudat, Sabah.

“Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.

Jabatan itu juga memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa tersebut.

“Dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.

“Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” katanya.
 
a93dca3051c673c6c8ec03b7e3c35c73699ba5c58d0ce

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 kilometer (km).

"Pusat gempa bumi tersebut berada pada jarak 49 km ke Barat dari Kudat, Sabah.

"Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.

Jabatan itu juga memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa tersebut.

"Dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.

"Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya.

 
387660.jpg

The epicenter of the 7.1-magnitude earthquake that jolted Sabah region in Malaysia on early Monday (February 23, 2026). /ANTARA/HO-BMKG/nbl.

Tarakan, North Kalimantan (ANTARA) - A strong 7.1-magnitude tectonic earthquake struck off the northern coast of Kalimantan (Borneo) Island early Monday, with Indonesian authorities confirming there was no tsunami threat to North Kalimantan Province.

According to the Meteorology, Climatology, and Geophysics Agency (BMKG), the earthquake occurred in the Sabah region of Malaysia at 1:57 a.m. local time on Monday.

The epicenter was located at sea, about 109 km northeast of Kota Kinabalu, the capital of Sabah, at a depth of 628 km.

BMKG said the oblique thrust fault earthquake was triggered by deformation of the Philippine Sea Plate.

The quake was felt in Nunukan District, North Kalimantan Province, at Level III on the Modified Mercalli Intensity (MMI) scale, with vibrations comparable to those caused by a passing truck.

In Tarakan, the province’s largest city, the tremor was recorded at Level II on the MMI scale, meaning it was felt only by a few people, with delicately suspended objects observed swaying.

Based on simulation results, the earthquake did not have the potential to generate a tsunami, BMKG added.



 
302e535a3f4653152fcaec9a3a71e696699bc44c81b41

Kredit FB Malaysian Meteorological Department

Gegaran gempa bumi yang melanda perairan Kota Kinabalu selama 10 saat tengah malam tadi mencetuskan keadaan panik dalam kalangan penduduk di sekitar daerah itu dan Putatan.

Pemandu e-Hailing Jalius Majin, 45, berkata ketika kejadian beliau sedang berehat di ruang tamu di rumahnya di tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan.

Beliau berkata keadaan yang pada mulanya tenang bertukar cemas apabila sofa yang didudukinya secara tiba-tiba bergoyang dengan kuat, disusuli bunyi derakan pada dinding dan bumbung bangunan.

“Gegaran itu berlaku dalam tempoh lebih kurang 10 saat tetapi terasa sangat lama. Kipas siling di ruang tamu berayun laju dan bingkai gambar bergegar. Ini adalah gempa bumi agak kuat berbanding yang pernah kami rasa sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau yang menyedari bahaya itu segera mengejutkan isteri dan tiga anak mereka yang sedang nyenyak tidur, sebelum mereka sekeluarga bergegas turun menggunakan tangga kecemasan menuju ke kawasan tempat letak kereta.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan Kota Kinabalu di sini pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Pembantu klinik Clarice Eve Mojigoh, 28, yang tinggal bersama ibunya di tingkat enam perumahan sama pula berkata beliau baru sahaja mahu melelapkan mata selepas pulang bekerja.

Beliau tersedar apabila mendapati pintu almari pakaian di biliknya terbuka dengan sendiri akibat pergerakan bangunan.

“Cermin tingkap pun bergegar dan saya rasa pening kerana terhoyong-hayang. Terus saya dapatkan ibu dan membawanya turun ke bawah,” katanya, yang hanya sempat membawa bersama lampu suluh dan telefon bimbit.

 
a93dca3051c673c6c8ec03b7e3c35c73699ba5c58d0ce

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan melaksanakan pemantauan lapangan berterusan sebagai langkah berjaga-jaga susulan gempa bumi yang berlaku di perairan Sabah pada awal pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata rondaan turut dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah selain pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan, Kudat serta lokasi sekitar bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal.

Beliau berkata penduduk di kawasan berhampiran diminta agar sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, kekal tenang dan tidak panik.

“Dapatkan maklumat sahih daripada Portal Bencana atau media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain yang berkaitan.

“Dalam keberkatan bulan Ramadan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar saudara-saudara kita di Sabah sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah. Semoga Allah SWT memelihara kita semua, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata MetMalaysia juga akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

 

Gempa Bumi Di Perairan Sabah Terkuat Dalam Tempoh 11 Tahun - MetMalaysia​

06b4c697eb15191c38dcbccbc6bb677e699bda0cda8ba

Ketua Pengarah Jabatan Meteorlogi Malaysia (MET Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip

Gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berlaku di perairan Sabah awal pagi tadi adalah yang terkuat pernah melanda negara ini dalam tempoh 11 tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau berkata berdasarkan rekod jabatan itu, gegaran terkuat direkodkan di Malaysia sebelum ini ialah bermagnitud 6.0 di Ranau, Sabah yang berlaku pada 5 Jun 2015.

Gempa bumi yang berlaku 11 tahun lepas itu mengorbankan 18 nyawa dan kekal sebagai antara kejadian paling diingati dalam lipatan sejarah negara.

Mengulas mengenai kejadian hari ini, Mohd Hisham berkata gempa di perairan Sabah berlaku berikutan kedudukan negeri itu yang berhampiran kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu zon aktif gempa bumi akibat pergerakan plat kerak bumi.

"MetMalaysia masih menjalankan pemantauan rapi dan setakat ini, tiada sebarang gempa susulan direkodkan," katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham juga berkata MetMalaysia akan terus memantau secara berterusan aktiviti seismik di kawasan terbabit.

"Memandangkan pusat gempa berada jauh di bawah permukaan bumi, iaitu pada kedalaman 678 kilometer, hanya gegaran lemah dapat dirasai oleh orang ramai," katanya.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan bahawa gempa bumi itu, yang melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi, tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

 
Back
Top
Log in Register