BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa 19/05/08 @ 10.30PM

pergh..garangnyer tegur org camni:(scam

ni bukan tegur dah , ni dah tahap marah ..korang dah besar panjang tak reti nak nilai benda yang boleh main2 ngan tak ke ?...berbulu atas bawah dah ...pun masih nak berseronok ....

bermain tak kena tempat...huh !..takkan selalu nak tunggu ditegur..apa akai ada tak reti nak mikir ka ...

asyik layan lucah saja tak kira masa..dunia nak terbalik pun dok sembang blue lagi..apa dah ! ~X(
say no to sembang poyo !
 
Last edited:
ni bukan tegur dah , ni dah tahap marah ..korang dah besar panjang tak reti nak nilai benda yang boleh main2 ngan tak ke ?...berbulu atas bawah dah ...pun masih nak berseronok ....

bermain tak kena tempat...huh !..takkan selalu nak tunggu ditegur..apa akai ada tak reti nak mikir ka ...

asyik layan lucah saja tak kira masa..dunia nak terbalik pun dok sembang blue lagi..apa dah ! ~X(

ala...ckp je...mne layan pn...tgh forum ni mne la ade mood nak lyn lucah2 ni
 
ko tgk la thread psl die ckp student die ske kt dier 2...dh bersepah dh org scam kt dier

sok pagi aku check,
aku nak chow ni,
penat siot kuar dgn awek td,
cergas beliau bershopping td,
pancit gak aku dibuatnya,
janji aku dpt makan..:)) :)) :))

chow chin chow!!!!!!
 
sok pagi aku check,
aku nak chow ni,
penat siot kuar dgn awek td,
cergas beliau bershopping td,
pancit gak aku dibuatnya,
janji aku dpt makan..:)) :)) :))

chow chin chow!!!!!!

ptt la x rse...kuar gan awek...
 
MEDEY tadi aku tak sempat nak taip ape2 aku trus turun dari FLAT aku kat Bdr Sri Permaisuri Cheras.
aku terasa tadi.. even aku tingkat 2 je..
ni baru aku naik balik :D
 
Beberapa lokasi di ibu negara bergegar kesan gempa bumi di Sumatera

KUALA LUMPUR 19 Mei — Beberapa lokasi di ibu negara dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada pukul 10.26 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami.

Sementara itu, salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana dekat Bandar Sri Permaisuri di sini, Zainal Abidin Razali berkata, kejadian itu menyebabkan hampir kesemua penghuni pangsapuri berkenaan panik dan bergegas turun.

Katanya, kesan gegaran itu dapat dirasai dengan begitu jelas berikutan kedudukan unit pangsapurinya yang terletak di tingkat 15.

“Saya memang rasa unit rumah saya bergoyang dan nampak dengan jelas bagaimana kipas siling saya berhayun dengan kuat kerana gegaran itu.

“Ketika ini boleh dikatakan hampir semua penghuni pangsapuri telah turun kerana bimbang gegaran itu akan berulang,” katanya kepada Bernama.

Di Bukit Antarabangsa pula, salah seorang penghuni di pangsapuri lima tingkat di kawasan berkenaan, Mohd Fisol Jaafar berkata, gegaran itu dirasai kira-kira 16 saat.

“Pada mulanya saya menyangkakan gegaran itu kerana anak lelaki saya menendang sofa yang kami duduki, tetapi setelah diamati ia bukan satu gegaran `biasa’,” katanya.

Mohd Fisol berkata, beliau mendapat tahu mengenai gempa bumi berkenaan selepas mendengar laporan Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, terdapat beberapa laporan mengenai gegaran itu dari sekitar kawasan Sri Hartamas, Cheras dan Loke Yew.

“Gegaran itu dikatakan berlaku selama lebih kurang 15 minit, dan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda atau bangunan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata, pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

 
Back
Top
Log in Register