BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelora pasang tiga

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
PASIR MAS: Akibat enggan membalas cinta seorang kakitangan kerajaan yang mahu menjadikannya isteri ketiga, seorang wanita berusia 22 tahun terpaksa melalui pengalaman menakutkan, termasuk diugut bunuh di Cabang Empat Tok Uban di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ain mendakwa Perodua MyVi dipandunya dirempuh kereta lelaki berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kelar.

Dia sebelum itu menyedari diekori lelaki dikenalinya itu yang memandu Proton Wira hijau.

Menurutnya, ketika cuba membelok ke simpang kanan di tempat kejadian, keretanya dirempuh dari belakang sebelum dirempuh kali kedua pada bahagian kanan apabila dia cuba melarikan diri.

“Selepas pelanggaran kali kedua itu, kereta saya dan kereta lelaki terbabit terhenti di tepi jalan. Saya tidak berani keluar dari kereta, tetapi hanya menurunkan cermin kerana ketakutan.
“Saya kemudian melihat lelaki terbabit keluar dari keretanya dan menuju ke arah saya sambil memberikan kata-kata ugutan, ‘mujur mu tak mampus, jumpa sekali lagi mampus mu!’,” katanya yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat ejen insurans di Kota Bharu.

Berikutan kejadian itu, Ain menghubungi teman lelakinya yang datang untuk menyelesaikan perkara itu secara baik, namun berlaku sedikit pergaduhan apabila dia turut dipukul lelaki berkenaan.

“Saya kemudian ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk membuat laporan kerana lelaki terbabit membuat ugutan untuk membunuh saya selain merempuh kereta saya hingga terbabas.

“Saya yakin dia memang mempunyai niat tidak baik apabila mengekori kereta saya sejauh satu kilometer selepas rempuhan kali pertama,” katanya.

Ain berkata, dia mengenali lelaki berusia 37 tahun itu yang dipercayai bertugas di sebuah pejabat kerajaan negeri.

Ketika itu, wanita berkenaan mendakwa tidak mengetahui niat lelaki terbabit yang berhajat memperisterikannya kerana mengetahui dia sudah mempunyai dua isteri selain dikatakan pernah bercerai.

“Sebelum kejadian kelmarin, dia pernah menghalang kereta saya dari belakang dan apabila saya keluar dari kereta, tiba-tiba kepala saya dipukul.

“Selain itu, dia pernah mengungkit perkara lama, termasuk pernah membantu saya mendapatkan bantuan wang tunai ketika saya masih belajar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

mung nih pun satu...dah org taknak ngan mung, blah jer laaa.......~X( cheh, cakap kelate jugak aku...:D
 
pendapat aku salah pompuan 2 korang?
 
tah la 22 salah :D

yang penting aku tak salah ape2 :)):eek::)):eek:
 
kalau tengok pada perangai tu mcm tak berapa layak nak beristeri 3..:-?
 
pendapat aku salah pompuan 2 korang?

salah saper?

entah arr... susah nak wat andaian cuz kalo ikut berita tu mmg arr lelaki tu jahat, tp kisah disebalik nyer?? :-?:-?
 
muka x tau malu btul la..
dah la kena rejek, nak pukul2 org plak
 
huh..dunia2..org mcm nie pn ader jgk ker..dier ingat dier tu sape la..abis sumer org kne ikut ckap dier..klo bertemu buku dgn ruas bru best citer nie...hehehe

:D:D:D
 
lelaki sangap.. teman lelaki pompuan tu pun ******* pegi datang sorang.. kan dah kena pukul..:)):))
 
aku rasa laa mereka kesah sebelum kes ni berlaku... kesah yg menjadi rahsia si pompuan tu.. dan sebab kesah tu laa makan si lelaki tu buat gitu.. :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register