BTC USD 83,598.5 Gold USD 4,193.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelora asmara

statement ni tak betul....

cuba ko perati betul2...
tak pakai tudung dosa, beromen berdosa, so kat sini 2 kali dosa

pakai tudung dapat pahala, beromen dapat dosa, kat sini pulak 1 kali je dosa

kan lain tu, apa yang lebih berdosa lak ni....mana ko blaja?

Pendapat aku bro.. dari segi dosa perbuatan yes.. yang tak pakai tudung 2 yg pakai tudung 1.. tapi dosa dari segi mencemar imej islam tu yang lebih besar..

Wallahu'alam
 
Nie ada update

Tangga lepas nafsu sepi
Oleh Helmy Abd Rahman
[email protected]

KUALA LUMPUR: Selepas didedahkan Harian Metro mengenai segelintir pasangan remaja Melayu yang menjadikan kawasan tersorok dan sepi di Pasar Seni di sini, untuk melampiaskan nafsu, kegiatan tidak bermoral golongan terbabit di tempat tumpuan ramai itu mula berkurangan secara mendadak.

Tinjauan Harian Metro lebih dua jam di situ mendapati, tiada langsung pasangan yang berani melepak di tepi tangga dan tempat sunyi lain untuk melepaskan gelora asmara mereka walaupun pada cuti umum semalam.

Perkara ini turut diakui seorang petugas keselamatan di situ yang turut hairan apabila tidak lagi bertemu pasangan remaja Melayu yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menengah sejak kegiatan mereka didedahkan dalam akhbar ini.

“Bukan saja pasangan remaja, malahan golongan ‘gay’ juga tidak lagi menjadikan tempat tersorok dan tangga untuk bercengkerama.


“Mungkin sekarang mereka dah tahu ada ratusan CCTV (kamera litar tertutup) di sini dan malu untuk buat perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui.

Muka depan akhbar ini, kelmarin mendedahkan, mengenai aksi pasangan kekasih dalam keadaan mengghairahkan dapat disaksikan menerusi rakaman CCTV yang dipasang di Pasar Seni di sini, yang kini mendapat jolokan ‘Pasar Asmara’ di kalangan remaja ibu kota.

Kebanyakan pelaku perbuatan terkutuk itu terdiri daripada remaja Melayu yang rata-ratanya penuntut IPT dan pelajar sekolah menengah tanpa segan silu mempertontonkan aksi berahi mereka.

Golongan terbabit mungkin tidak menyedari aksi panas mereka ‘diintip’ 128 CCTV yang dipasang di beberapa lokasi strategik dalam bangunan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing itu.

Petugas bahagian keselamatan Pasar Seni yang memantau CCTV tidak mampu mengambil tindakan.

Petugas itu hanya menahan mereka sebelum memberi nasihat dan menyerahkan kepada ibu bapa masing-masing yang dipanggil ke situ.

Sumber bahagian berkenaan berkata, gelagat jijik itu dikesali, apatah lagi sebahagian besar remaja yang terbabit berbangsa Melayu dan paling menyedihkan ada di kalangan gadis bertudung labuh dan berlagak alim.

Selain itu, faktor kawasan Pasar Seni yang agak sunyi menjadi sebab utama tangga menjadi pilihan mereka melampiaskan nafsu.

Ada segelintir pasangan pula sanggup menjadikan kawasan bersebelahan surau sebagai tempat melakukan maksiat.

Sesetengah pasangan pelajar turut mengaku menipu ibu bapa dengan menjadikan aktiviti sekolah pada waktu petang sebagai alasan keluar rumah.

Bagaimanapun, kepercayaan itu disalahgunak an apabila mereka sebaliknya keluar berfoya-foya dengan pasangan masing-masing sebelum melencong ke sudut sunyi di bangunan Pasar Seni untuk memuaskan nafsu.

semua org kena terlibat dedahkan supaya tak berlaku lg benda mcm nie
 
mencemarkan perspective islam je... sedih tol... well, there's always a bad apple...8-> moga dijauhkan...Amin
 
apa la agak orang bukan Islam kata bila orang Islam yg pakai tudng labuh buat kerja x senonoh mcm ni? Camane diorang nak respect kat org Islam
 
sedih sungguh aku melihat anak bangsa seagama dengan au rupani
 
Back
Top
Log in Register