BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelora asmara

abbas

Fun Poster
Messages
617
Joined
Dec 11, 2005
Messages
617
Reaction score
28
Points
20
Gelora asmara
Oleh Hadzlihady Hassan dan Salman Hamat
[email protected]

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila pelbagai aksi pasangan kekasih dalam keadaan mengghairahkan dapat disaksikan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Pasar Seni di sini, yang kini mendapat jolokan ‘Pasar Asmara’ di kalangan remaja ibu kota.

Kebanyakan pelaku perbuatan terkutuk itu terdiri remaja Melayu yang rata-ratanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menengah tanpa segan silu mempertontonkan aksi berahi mereka.

Golongan terbabit mungkin tidak menyedari aksi panas mereka ‘diintip’ 128 CCTV yang dipasang di beberapa lokasi strategik dalam bangunan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing itu.

Petugas bahagian keselamatan Pasar Seni yang memantau CCTV tidak mampu mengambil tindakan.


Apa yang petugas itu lakukan ialah menahan mereka sebelum memberi nasihat dan menyerahkan kepada ibu bapa masing-masing yang dipanggil ke situ.

Sumber bahagian berkenaan berkata, gelagat jijik itu dikesali, apatah lagi sebahagian besar remaja yang terbabit berbangsa Melayu dan paling menyedihkan ada di kalangan gadis bertudung labuh dan berlagak alim.

“Apabila ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu, ramai yang memberi alasan tidak tahan dan terdorong rangsangan nafsu sebagai punca memilih berasmara di tepi tangga dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, tinjauan Harian Metro mendapati, faktor kawasan Pasar Seni yang agak sunyi dan jarang digunakan pengunjung menjadi sebab utama tangga menjadi pilihan mereka melampiaskan nafsu.

Ada segelintir pasangan pula sanggup menjadikan kawasan bersebelahan surau sebagai tempat melakukan maksiat.

Sesetengah pasangan pelajar turut mengaku menipu ibu bapa dengan menjadikan aktiviti sekolah pada waktu petang sebagai alasan keluar rumah.

Bagaimanapun, kepercayaan itu disalahgunakan apabila mereka sebaliknya keluar berfoya-foya dengan pasangan masing-masing sebelum melencong ke sudut sunyi di bangunan Pasar Seni untuk memuaskan nafsu.

Malah, sumber itu berkata, dalam satu kes, bapa seorang remaja perempuan yang ditahan melakukan aksi jijik dengan pasangannya bertindak menampar anak gadisnya kerana terlalu marah.

Ada juga ibu bapa terpaksa datang ratusan kilometer dari negeri di utara semata-mata mahu ‘menjamin’ anak mereka.

Kata sumber itu, pihak keselamatan Pasar Seni terpaksa mengambil tindakan dengan memanggil ibu bapa datang ke Pasar Seni melihat rakaman CCTV yang memaparkan aksi ghairah yang dilakukan anak mereka.

“Ibu bapa terpaksa dipanggil kerana sebelum ini, ada yang tidak mempercayai anak mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu.

“Kami akan menunjukkan rakaman CCTV kepada mereka jika ada yang tidak mempercayainya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan bertujuan memalukan sesiapa, tetapi ibu bapa perlu dipanggil supaya mereka dapat menasihati dan melihat sendiri apa yang dilakukan anak mereka.

mainpix


Mcm ner nak pilih calon kalau mcm nie #:-S
 
Last edited:
x yah pakai tudung la klu g2...bohsia 2 lebih alim dari ko...hahah
 
Bertudung tidak semestinya baik...

tak bertudung pastinya kurang baik :D:D:D:D
 
x yah pakai tudung la klu g2...bohsia 2 lebih alim dari ko...hahah


bahya ayat ko ni bro...

bertudung tu Wajib... jgn plak sbb ada kes yg bertudung camni, ko menggalakkan org x pakai tudung...

Kalu camtu, samalah statement ko dgn SIS (sister in islam) :o :o
 
Maksiat org yg bertudung akan memberi dua kesan....
pertama kesan keatas dirinya sendiri...
Kedua... ia turut membuat Islam dipandang serong oleh org yang bukan Islam... dan kesan kedua ini lah sebenarnya yang banyak merosakkan Islam..-+
Jadi fikirlah... kalau diri tu memang ada niat nak buat maksiat...itulah yg mungkin ramai kawan kita kata 'baik tok sah pakai tudung'....dah tentu akan memalukan ISLAM yg maha suci..
 
Orang pakai tudung x semestinya masuk syurga..
Tapi orang x bertudung kompem masuk neraka..

Ini statement pun banyak bahaya bro ... tak boleh kata orang masuk syurga ke, neraka ke..kerana itu hak Allah ...cuma boleh kata orang x bertudung ikut amalan orang yang nak masuk neraka :D :D :D
 
he he he ...
kalu nak buat pun sorok2 lah
 
Back
Top
Log in Register