BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelap mata tepuk dahi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
“ANDA runsing dengan kos sara hidup semakin tinggi dan hutang keliling pinggang. Kini terbongkar rahsia kekayaan dan mendapat puluhan ribu ringgit dengan hanya bekerja di rumah. Bermodal RM100, duit masuk bertubi-tubi terus ke akaun bank”.

E-mel berantai sebegini memang tidak asing bagi pengguna Internet. Entah berapa ramai yang betul-betul menjadi kaya dengan pelaburan itu atau hilang duit kerananya.
Sejak kes skim cepat kaya yang dipelopori Osman Hamzah atau Pak Man Telo sekitar 1990-an menyebabkan ratusan pelaburnya ‘tepuk dahi’, orang ramai masih belum sedar. Ada saja skim pelaburan mirip Pak Man Telo yang diperkenalkan atas pelbagai nama dan kaedah namun kebanyakannya mempunyai kesimpulan hampir sama, ramai yang rugi.

Mungkin di peringkat awal terdapat pelabur yang mendapat laba hasil penyertaan sekali gus menjadi testimoni kukuh meyakinkan orang lain tetapi apabila semakin ramai yang menyertainya risiko kerugian turut melambung tinggi.


Menyingkap kembali sejarah Pak Man Telo. Dia dituduh di mahkamah melakukan kesalahan menerima deposit tanpa lesen Kementerian Kewangan dan mengutip kira-kira RM99.09 juta antara 1 Januari hingga 31 Oktober 1990 sebelum dijatuhkan hukuman penjara dua tahun serta buang daerah.



Pak Man Telo yang meninggal dunia pada 1997 umpama legenda kerana tanpa kelulusan tinggi, dia mampu menarik ribuan pelabur terdiri pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional mempercayai setiap tutur kata sehingga ramai sanggup bergadai untuk menyertai skim cepat kaya anjurannya.

Skim pelaburan cepat kaya bukan berlaku di negara kita saja, malah ada di mana-mana. Di Amerika Syarikat misalnya, skim Ponzi yang memerlukan peserta membeli kupon pos diperkenalkan pendatang Itali, Charles Ponzi sekitar 1920-an menyebabkan ramai pelabur kerugian besar.

Baru-baru ini Harian Metro membongkar kegiatan penipuan didalangi seorang lelaki kononnya bergelar ustaz bernama Harun Mat Saat, 45, diburu Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram.

Pelaburan dilakukannya atas nama Dina Group Sdn Bhd malah penyelewengan lelaki itu bersama beberapa rakannya dikatakan mencecah ratusan juta ringgit sejak Disember 2008.

Apa yang dikatakan skim cepat kaya? Menurut laman web BNM, ia satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan kecil dan pada masa sama menjanjikan pelaburan itu mudah serta bebas sebarang risiko.

Menurut laman web itu, aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah perbuatan menerima, mengambil, atau setuju terima deposit (wang, logam berharga, batu berharga dan apa-apa artikel lain) daripada orang awam atau pelabur dengan menjanjikan pembayaran semula deposit biasanya bersama faedah atau pulangan atau sebarang balasan berupa wang atau nilaian wang tanpa mempunyai lesen sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Sesuatu pelaburan itu menjadi skim cepat kaya apabila individu, syarikat atau organisasi menerima, mengambil atau setuju terima deposit daripada orang awam tanpa mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Individu terbabit berjanji membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan dalam tempoh masa tertentu dalam bentuk wang atau nilaian wang.

Selain itu, individu terbabit berjanji membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui pihak membuat bayaran dan orang menerimanya dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang.

Mengambil kira nasihat yang disiarkan di laman web BNM, selain beribu kes kerugian yang menimpa mangsa sejak munculnya skim cepat kaya yang dipelopori Pak Man Telo, kenapa sehingga sekarang pelaburan dengan ciri-ciri sedemikian masih wujud dan ramai percaya mampu mengecap kemewahan menerusi cara berkenaan?

Adakah disebabkan sikap tamak atau penyampaian penganjur skim itu terlalu meyakinkan sehingga mampu mempengaruhi orang ramai untuk membuat pelaburan?

Pakar kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar, berkata mudah ‘gelap mata’ apabila ada pihak menjanjikan keuntungan berlipat ganda dan bergelar jutawan segera menyebabkan ramai tidak serik menyertainya walaupun banyak kes dibongkar skim itu hanya menjerat diri.

“Apabila dijanjikan wang berjuta ringgit, kereta mewah dan rumah besar melalui pelaburan singkat disokong dengan ‘bukti’ kejayaan pelabur peringkat awal, orang ramai lupa segala-galanya sehingga ada yang sanggup menjual tanah, mencagar rumah dan menggunakan wang simpanan untuk melabur.

“Tetapi apabila penganjur skim menghilangkan diri, ramai yang terpaksa menanggung beban hutang malah ada yang diisytiharkan muflis,” katanya.

Beliau berkata, walaupun secara rasionalnya, keuntungan dijanjikan tidak munasabah namun ‘persembahan’ penganjur memainkan peranan mempengaruhi pelabur.

“Biasanya penganjur skim ini menampilkan personaliti menarik, pandai bercakap dan berkeyakinan tinggi. Apabila dia berjaya meyakinkan sekumpulan kecil individu, maka golongan ini pula akan sedaya upaya mempromosikan skim terbabit sehingga ia merebak kepada beratus atau beribu orang.

“Ini disebabkan skim ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru. Ia umpama menggali lubang baru untuk menutup lubang lama kerana wang pelaburan baru akan digunakan untuk membayar dividen pelabur sebelum itu.

“Pelabur awal akan mendapatkan habuan tetapi apabila pengendali gagal mencari pelabur baru, skim itu mula goyang menyebabkan penganjur melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, pelaburan yang menggunakan kaedah skim cepat kaya memang sukar dibendung selagi orang ramai tidak mengambil pengajaran.

“Pelaburan sebegini ada di banyak negara dengan pelbagai nama serta kaedah dan ia terus wujud disebabkan mendapat sokongan pelabur. Jadi satu-satu cara untuk mengelak daripada terkena ialah dengan berfikir secara rasional apabila mendapat sebarang tawaran pelaburan terutama yang mencurigakan,” katanya.

Laman web BNM turut menyenaraikan tujuh langkah melindungi diri daripada terjebak dengan skim cepat kaya iaitu sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil diterima akal berkemungkinan besar satu penipuan; berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa.

Semak terlebih dulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan; jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa melabur; berhati-hati dengan pelaburan dibuat melalui Internet; berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan tidak bertulis dan jika suatu pelaburan dibuat, simpan semua dokumen berkaitan dengan selamat.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah percaya.
 
hahahaha belajar tinggi x semestinya 'bijak' hahahahaha
 
Back
Top
Log in Register