BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gedung perkahwinan di Nilai terbakar

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
dn_10.1.jpg


Seorang anggota bomba memeriksa kesan kebakaran sebuah gedung menjual aksesori perkahwinan di Nilai 3, kelmarin.

SEREMBAN 15 Mac - Sebuah gedung menjual aksesori serta kelengkapan perkahwinan terbakar dalam kejadian di Nilai 3, Nilai, dekat sini malam tadi, mengakibatkan kerugian mencecah RM2 juta.

Kejadian pukul 9.15 malam itu memusnahkan empat daripada lapan lot kedai gedung tersebut.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam.

"Seramai 28 anggota bomba dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2 telah bergegas ke tempat kejadian.

"Kami tiba di lokasi kira-kira 13 minit selepas menerima panggilan dan mengambil masa 45 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api dapat dipadam sepenuhnya sejam selepas itu," katanya di sini hari ini.
...
 
ni mesti kedai yg besar ........
 
Kedai mana-mana pun takpe...rezeki datang dari Allah kembalinya kepada Allah.
 
perghhh byk tul kerugian tu.kena musim cuti sekolah ni ramai plak kawen
 
ni kalo tak kedai thankQ tak pun vs star..
 
ramai x kawen la nnti... heheheheh, durian runtuh tuk kedai2 lain ni
 
Back
Top
Log in Register