baru terjumpa lepas dapat info ni: (patut le orang spore takde invest)
PEJABAT DITUTUP: Beberapa surat dilihat berselerak di kaki daun pintu pejabat Metz Global dan GECS Limited di Hight Street Centre. -- Foto SAINI SALLEH
Mudah cetak
E-mel
7 Mei 2010
SINGAPURA
MASALAH PELABURAN FOREX
Pengarah firma 'lesap', pejabat gelap-gelita
Polis enggan sahkan warga M'sia ditahan kerana kes sedang disiasat
Oleh
Saini Salleh
MISTERI kini menyelubungi 'kehilangan' warga Malaysia yang menjalankan pelaburan tukaran asing (forex) di sini dengan modal pelaburan dari negara itu, Encik Fauzi Abdullah.
Terdapat desas-desus pengarah syarikat GECS Limited itu ditahan polis Singapura.
Namun, ketika diminta pengesahan, polis Singapura hanya berkata: 'Jika ada sekalipun tidak wajar membuat sebarang komen ke atas kes yang sedang disiasat polis.'
Sekitar 1,000 pelabur di Malaysia kini bimbang kerana mereka mungkin menggigit jari setelah melabur lebih RM22 juta ($10 juta) dalam dagangan forex kelolaan syarikat itu.
Berita Harian mendapati pejabat Encik Fauzi yang menggunakan nama syarikat barunya, Metz Global Pte Ltd, di tingkat 16, High Street Centre ditutup sejak lewat bulan lalu.
Beberapa surat berselerakan di bawah pintu utama pejabat gelap-gelita itu.
Berita Harian berkali-kali sejak tiga minggu lalu cuba menghubungi anak kelahiran Kelantan berusia 37 tahun itu serta seorang pegawai eksekutifnya, seorang wanita warga Singapura, tetapi tidak berhasil.
Seorang peguam yang pernah mengendalikan urusan dokumen pelaburan syarikat itu pula berkata beliau 'tidak lagi ada kena-mengena dan tak tahu-menahu di mana Encik Fauzi berada'.
Polis Singapura, menerusi Bahagian Ehwal Perniagaan (CAD), menjalankan siasatan ekoran aduan empat pelabur GECS dari Malaysia bahawa mereka belum menerima dividen antara 10 hingga 15 peratus sebulan sejak Oktober lalu.
Nasib serupa dikatakan dialami 1,000 pelabur lain di Malaysia. Modal pelaburan mereka juga tersangkut.
Kemelut pelaburan syarikat itu pertama kali dilaporkan Berita Harian pada 17 April lalu.
GECS, yang didaftar di British Virgin Island pada 2008, asalnya menggunakan alamat firma kesetiausahaan di International Plaza, Anson Road, bagi urusan surat- menyurat.
Apabila Encik Fauzi membuka Metz Global di High Street Centre Januari tahun lalu, semua urusan, termasuk urusan keluar masuk wang pelaburan GECS, dijalankan di pejabat itu.
Sebelum ini beliau mendakwa pelaburan yang dipungut ejen-ejen tunggalnya di Kuala Lumpur mencecah lebih RM22 juta ($10 juta) tetapi hanya RM2 juta dikirimkan ke pejabatnya di sini menerusi pemindahan telegraf.
Menurut beliau, masalah yang melanda syarikatnya itu disebabkan manipulasi pihak tertentu, termasuk ejen-ejen pemungut pelaburannya di Kuala Lumpur.
Beliau berjanji akan pulangkan modal pelaburan RM2 juta yang ada dalam rekod syarikatnya secara beransur-ansur mulai bulan lalu. Tetapi, beliau dikatakan belum mengotakan janjinya itu.
Tanya seorang pelabur di Kuala Lumpur: 'Bagaimana Encik Fauzi mahu pulangkan wang pelabur kalau pejabatnya dah ditutup dan beliau tidak dapat dikesan?'
Pemeriksaan Berita Harian mendapati tiada warga Singapura menyertai pelaburan forex itu.