BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GECS Limited

sila rujuk page 1 untuk update..tq



sapa agent yang bertauliah tuu??

setau aku semua yang di bawah Hj Sobri dah lama tak dapat komisyen

ada lagi agent lain ke??

yang sebok dok menjawab siap bukak blog tu Haji Sobri dgn Along kan??

atau ko masih lagi cakap ok sebab ko nak terus colleect duit orang?? pastu ko rolling puas2 ??
 
Salam semua,

Lama x buat posting ni saja2 nk try post, aku pun x tau nk buh mana benda ni, so, aku buh sini je la..

GECS Limited (BVI Co. No. 1436191) <-BVI bermaksud British Virgin Island, company ni buat bisnes offshore, ada correspondent kat Singapore, so, segala urusan dgn office di sana, atau dgn agen2 di Malaysia..Legal agreement pun dgn undang2 sana.

Ceritanya bermula di sini..

Company ni tawarkan produk investment based on forex,

Profit yg diberi kpd pelabur, 10%-15% sebulan

Minimun pelaburan MYR10,000, projected return, MYR1,000 sebulan

Sebarang urusan adalah offline, boleh deal dgn saya untuk berurusan dgn agen
019-2599 611


*update..

Salam semua, lama x update pasal GECS
Banyak cerita yg saya dapat pasal GESC dalam thread ni..so saya update untuk clarify,

Pasal payment sangkut - Kpd pelabur2 GECS yg paymentnya sangkut, sila rujuk kembali agen anda, sila cek kembali sama ada anda gunakan akaun dengan nama anda atau shared dibwh nama agen..

dalam report GECS, ada lebih kurang pymt 10juta sangkut kerana kecelaruan akaun..kalau ada sdr2 yang ada masalah ini, sila rujuk dengan agen2 anda..

setakat ini, pelabur2 direct dengan GECS, bermakna, yang mendapat invitation dari agen rasmi GECS untuk pelaburan, tidak ada payment yang sangkut..

kepada yang ingin melabur, pastikan anda mendapat invitation rasmi dari agen sah, bukan dari sub-agen yang mengajak anda untuk berkongsi akaun..

dan juga berhati2 dengan scammers yg guna nama GECS..sila lihat dahulu segala bukti2, dokumen2, yang berkenaan sebelum melabur..

invest at your own risk, tq
Salam,

Saya memang yakin sesangat dengan GECS ni ... tapi sekarang ni dah 3 bulan tak dapat payment yang sepatutnya ... kami ada terima email terangkan pasal masalah antara agent dan juga GECS, tapi malangnya kedua-dua pihak saling menuding jari dan yang menjadi mangsa adalah pelabur-pelabur. Kami yang melabur dapat agreement yang menyatakan nama kami dalam agreement .... memang tak faham alasan yang diberikan oleh GECS. Para pelabur juga dijanjikan pulangan semula capital pada April 2010 ini ... kami menunggu adakah duit pelaburan kami yang berjumlah puluhan ribu itu akan dapat balik atau lesap saja.

Pandangan saya buat masa ini ... sesiapa yang nak melabur dengan GECS fikirlah dulu dalam-dalam sebelum buat keputusan. Manalah tau alasan yang sama juga akan digunakan masa hadapan untuk tidak memberikan para pelabur hak yang sepatutnya.

Terima kasih.
 
Saya pon tension giler sekarang ni ... dah ler interest tak dapat pastu duit pelaburan pon lambat dikembalikan .... berdoalah saja pada Allah semoga duit tu tak lesap.
 
Saya pon tension giler sekarang ni ... dah ler interest tak dapat pastu duit pelaburan pon lambat dikembalikan .... berdoalah saja pada Allah semoga duit tu tak lesap.


jangan la berharap dan terpedaya dengan dakyah pembuka thread....99% duit puan memang hangus...1% tu memang miracle...memang HAJI SOBRI bersekongkol dengan FAUZI....konon2 bergaduh....memang tak guna punya Melayu 2 ekor ni..

ALONG, BOB, FANI....semua sama je, makan duit haram...semua main wayang depan investor.... jangan lah tertipu dengan beruk2 ni
 
Arrrhhhh makin tension aku baca korang punya comment nih ... kalau tak dapat balik bulan 4 nie camana ... hancus ler ....
 
Eh .... Fani pon terlibat sama ke dalam hal nie? Haritu saya tanya, katanya tak terlibat .... Ada satu group email yang dihantar pada pelabur-pelabur ... adakah diorang pon tahu perkara yang sebenar? Kesian kitaorang ... dulu kalau tak duit tu dah memang nak buat OD .... tengok keboleh percayaan yang tinggi kepada wakil ejen terus melabur dalam GECS dan juga KODANA ... sekarang ni dua-dua questionable ....
 
Eh .... Fani pon terlibat sama ke dalam hal nie? Haritu saya tanya, katanya tak terlibat .... Ada satu group email yang dihantar pada pelabur-pelabur ... adakah diorang pon tahu perkara yang sebenar? Kesian kitaorang ... dulu kalau tak duit tu dah memang nak buat OD .... tengok keboleh percayaan yang tinggi kepada wakil ejen terus melabur dalam GECS dan juga KODANA ... sekarang ni dua-dua questionable ....



sapa nak mengaku berak tengah jalan

macamana pun, HAJI SOBRI dah cuci tangan...sebab tu dia lantik 13 orang rep, so apa2 jadi rep yang kena, dia lepas tangan....tak lama lepas dia lantik rep, terus benda ni sangkut

takkan tu pun tak nampak...ni semua game HAJI SOBRI untuk lepaskan tengkuk

maybe ada rep yang tak nampak, tapi memang ada gak yang nampak tapi takut kena belasah dengan ALONG & geng2 3 line dia hehehe....kampung betul la mat despatch ni, bisnes forex tapi kalau orang argue lebih sikit, dia bawak geng ramai2 nak pukul....kesian aku tengok rep2 perempuan tak berani nak bukak mulut walaupun masing2 dah ragu2 dengan HAJI SOBRI
 
Eh .... Fani pon terlibat sama ke dalam hal nie? Haritu saya tanya, katanya tak terlibat .... Ada satu group email yang dihantar pada pelabur-pelabur ... adakah diorang pon tahu perkara yang sebenar? Kesian kitaorang ... dulu kalau tak duit tu dah memang nak buat OD .... tengok keboleh percayaan yang tinggi kepada wakil ejen terus melabur dalam GECS dan juga KODANA ... sekarang ni dua-dua questionable ....

kodana pun ada ambik deposit ker..
 
Kalau dia berlindung belakang 3 line, korg guna la 4-5 line...

maybe ada rep yang tak nampak, tapi memang ada gak yang nampak tapi takut kena belasah dengan ALONG & geng2 3 line dia

3 line mana lak nie ? Perkara salah camni, beruk berlagak 3 line ja yg sebelahi mamat along nie..

..
 
Memang peliklah ... dah tau problem ada lagi ejen-ejen baru yang dilantik ... dan juga masih ada agen yang open offer ni pada orang awam ... pandangan saya kalau dah tau benda ni ada 'hiccup'/sangkut patutnya jangan lah offer dulu sampailah semuanya clear termasuk pulangan duit investor-investor yang dibatalkan ... Sebelum ini saya pon ada maklumkan pada kawan2 pasal benda ni dan ada yang nak join ... saya kata jangan dulu or jangan langsung. Kami investor walaupun ramai seolah-olah berseorangan sebab tak tau hujung pangkal dan tak tau mana nak dirujuk ... jawapan mudah dan ringkas tunggu bulan April ... well ... berat hati nak menerima kenyataan duit tu akan lesap macam tu saja sebab tempoh bayaran baliknya 15 tahun ... bukan sikit kami menanggung sengsara demi nak mendapatkan pulangan yang dirasa berbaloi....
 
Back
Top
Log in Register