BTC USD 81,667.8 Gold USD 4,026.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gasket Radiator Pecah/Bengkok

izn

Active Member
Messages
1,806
Joined
Jan 16, 2011
Messages
1,806
Reaction score
40
Points
30
Salam CGrians semua, good morning.

Aku bukak thread ni sbb nak mintak tips/bantuan/cadangan dari cgrian semua berkenaan dengan masalah kereta proton wira aku ni. masalah dia mcm ni.

Petang semalam masa balik dari kerja, aku terpaksa berenti 3 kali sebab temperature kete naik gila2.. 3 kali kering sepanjang perjalanan (jarak perjalanan 17km tapi jalan jem).

Jadi lepas tu aku berenti la kat bengkel. Cina bengkel ni cakap nak kena servis radiator dulu utk tau punca, tapi bila dia cek lagi dia detect yg air kat spare tank tak pump masuk radiator. so dia kasi jawapan gasket pecah ke bengkok tah lupa lak. Kena tinggal dalam 2 hari untuk cek.

Jadi disebabkan aku tak berapa arif sangat pasal kete ni, + tak pernah datang kat bengkel tu, so aku bawak balik semula kete ke umah dan tersadai kat rumah lah sampai skrg.

Ada tak member2 CG yg tinggal area Semenyih yang boleh tlg tengokkan kete aku ek? aku bayar la berapa yg perlu.

Ataupun kalau geng2 sekalian boleh kasi aku anggaran kasar berapa kos yang aku bakal kena kalau hantar ke bengkel?

TQ very much :)cgrock
 
Temperature high sebab:
1. Air radiator kering.atau
2. Motor dekat radiator tak hidup maka kipas tak berpusing.

Jadi:
1. Cek radiator ada air ke tak.
- kalau air kering. Isi air, selesai.kalau kering lagi mungkin tube radiator bocor.
- kalau air ada. Cek sama ada kipas radiator hidup atau tak. Salah satu tanda kipas tak hidup, aircond panas. Kipas tak hidup sebab motor dah rosak.ganti baru.

Kalau gasket kat enjin dah bocor sampai minyak hitam keluar, ada kemungkinan enjin dah rosak.
 
cek air dalam radiator ada kesan minyak hitam tak atau habuk2 terapung dekat mulut radiator tu, atau cek minyak hitam ada kesan air tak?

kalau ada, confirmed gasket pecah/head bengkok.

sbb dulu masa pakai satria pernah kena, kipas tak jalan, so temp naik -> air kering -> head bengkok.
 
Last edited:
Temperature high sebab:
1. Air radiator kering.atau
2. Motor dekat radiator tak hidup maka kipas tak berpusing.

Jadi:
1. Cek radiator ada air ke tak.
- kalau air kering. Isi air, selesai.kalau kering lagi mungkin tube radiator bocor.
- kalau air ada. Cek sama ada kipas radiator hidup atau tak. Salah satu tanda kipas tak hidup, aircond panas. Kipas tak hidup sebab motor dah rosak.ganti baru.

Kalau gasket kat enjin dah bocor sampai minyak hitam keluar, ada kemungkinan enjin dah rosak.
yupp..maklumat terbaek..
enjin kereta tt leaking x?
dlu pn teman pkai wira..
temp. naik cpt..check2..mmg gasket dah rosak ke ape..
teman pn lupe dh..
hehhee..kos dlm rm400~500 gak tuu #:-S
 
Temperature high sebab:
1. Air radiator kering.atau
2. Motor dekat radiator tak hidup maka kipas tak berpusing.

Jadi:
1. Cek radiator ada air ke tak.
- kalau air kering. Isi air, selesai.kalau kering lagi mungkin tube radiator bocor.
- kalau air ada. Cek sama ada kipas radiator hidup atau tak. Salah satu tanda kipas tak hidup, aircond panas. Kipas tak hidup sebab motor dah rosak.ganti baru.

Kalau gasket kat enjin dah bocor sampai minyak hitam keluar, ada kemungkinan enjin dah rosak.

gud info ni...:D
 
cuba cari kedai repair radiator yg terdekat....repair biasanya ddalam anggaran rege rm100....kalau letak kedai dia amik masa sampai 2 hari tu da memang dlam kepala dia nk potong tt kaw2 punya....
 
"bila dia cek lagi dia detect yg air kat spare tank tak pump masuk radiator".......klu betul air dalam "reservor tank" tak masuk radiator confirm just tukarkan "cap radiator" dalam rm15 hinggit ajeeeeeeeeeeeeee...takut spring dalam cap tak [email protected].
 
Temperature high sebab:
1. Air radiator kering.atau
2. Motor dekat radiator tak hidup maka kipas tak berpusing.

Jadi:
1. Cek radiator ada air ke tak.
- kalau air kering. Isi air, selesai.kalau kering lagi mungkin tube radiator bocor.
- kalau air ada. Cek sama ada kipas radiator hidup atau tak. Salah satu tanda kipas tak hidup, aircond panas. Kipas tak hidup sebab motor dah rosak.ganti baru.

Kalau gasket kat enjin dah bocor sampai minyak hitam keluar, ada kemungkinan enjin dah rosak.

Salam bro aboo,

1. Radiator memang kering terus bila tengah temp high. dekat spare tank pun memang kering @ tinggal suku. Memang dah 3 kali isi air petang semalam still kering jugak. So memang bajet radiator bocor.

Tapi bila anta kat workshop ni, cina tu cakap kemungkinan gasket pecah sebab bila dia bukak penutup tangki spare tu masa enjin tengah hidup, air kat tiub kat penutup tu ditolak balik @ x pump masuk radiator. aku pun tak sure camne nak explain :D

Kipas pulak mcm tak gerak masa enjin tgh hidup. tapi tak tau la time kete tengah gerak dia hidup ke tak. Tapi time air tengah penuh, bukak aircond mmg sejuk je cuma memang kejap je la dapat rasa sejuk, dekat 15 minit terus temp naik. Kalau tak pakai aircond, boleh tahan sampai setengah jam.

minyak hitam tak kuar pulak dekat oilcap tu, ke kena cek kat tempat lain?
 
Back
Top
Log in Register