BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gardenia vs Massimo vs High 5

cina mmg tak amik gardenia, tu yg aku perhatikan sbb aku rajin beli roti
 
...Gardenia dan Daily ..
 
gardenia first choice. busuk2 kalau abis pun aku ambik mighty white
 
Roti Massimo bukan sahaja tak sedap, tak tahan lama.

Jangan percaya kata saya sahaja.

Cuba beri kat budak2, gerenti mereka tolak dan pilih Gardenia.

Enak dimakan begitu sahaja. :))

Rumah den mmg roti gardenia je. Satu hari tu den nak gi mancing singgah kedai nak beli roti nak buat umpan. Gardenia tak da, yang tinggal Massimo je. Hasilnya, ikan pon tak nak usik dan lebihnya den bawak balik umah, anak pon kata tak sedap
 
Harga roti naik sehingga 15 sen

image.jpg


SYARIKAT pengeluar roti berjenama Gardenia dilaporkan menaikkan harga roti antara lima hingga 15 sen sejak tiga hari lalu.


Difahamkan, syarikat tersebut telah menghantar maklumat mengenai penyelarasan harga roti terbaru kepada pihak peruncit, baru-baru ini.

Pemilik pasar mini Chuan Huat di Taman Malim Jaya, Melaka, Puan Tan ketika memberitahu Sin Chew Daily berkata, bagi Gardenia 400g, harganya dinaikkan 10 sen kepada RM2.50 sebungkus manakala bagi 50g, harga dinaikkan lima sen kepada 90 sen sebungkus.

Bagaimanapun, harga bagi pelbagai jenis kek keluaran syarikat itu tidak dinaikkan.

Selain Gardenia, satu lagi jenama roti iaitu Top turut akan menaikkan harga keluaran rotinya mulai Sabtu ini. Senarai harga terbaru difahamkan telah diserahkan kepada semua peruncit di seluruh negara.

"Bagi jenama Top 400g, mulai Sabtu ini ia akan dinaikkan kepada RM2.30; bagi 550g, harganya ialah RM3.20 dan 90 sen bagi 55g," katanya.

Menurut Tan, ramai pelanggannya rasa terkejut dengan kenaikan harga baharu itu kerana harga tepung dan gula tidak pun dinaikkan dalam masa terdekat ini.

"Kami sebagai peruncit hanya mengikut harga ditetapkan oleh pengeluar. Saya sendiri pun tak pasti apa punca kenaikan harga roti ini," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/harga-roti-naik-sehingga-15-sen-1.702485
 
DElMxMXUMAEKo00.jpg


DEiNEAbUwAAUKFq.jpg

yg kecik naik jadi rm0.90
yg roti buku pendek naik jadi rm2.50
yg roti buku panjang naik jadi rm3.55 :(( :((
 
Beli roti 10 ringgit pun tak dapat banyak.... Huhuhu
 
Back
Top
Log in Register