tomie
CG Hardcore Club

- Messages
- 74,084
- Joined
- Dec 25, 2006
- Messages
- 74,084
- Reaction score
- 8,321
- Points
- 886
Ganjaran RM100,000
KUALA LUMPUR: Kehilangan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, sejak 29 hari lalu meraih simpati ahli korporat yang menawarkan wang ganjaran hampir RM100,000 kepada individu yang memberi maklumat tepat sehingga mangsa ditemui.
Difahamkan wang ganjaran terbabit terus meningkat berikutan kehilangan mangsa turut mendapat perhatian Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan yang sanggup menyumbangkan lebih RM83,000.
Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata sehingga kini pihaknya mengumpulkan wang ganjaran RM100,000 termasuk RM17,000 yang disumbangkan biro berkenaan.
Menurutnya, jumlah ganjaran lumayan terbabit diharap mampu menarik perhatian orang ramai membantu mengesan mangsa yang hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain di padang permainan berhampiran rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, 9 Januari lalu.
“Jumlah wang ganjaran RM100,000 ini bukan gurauan kerana ia akan dibayar serta-merta kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat tepat kepada polis.
“Ia akan dibayar tunai kepada sesiapa saja tidak mengira sama ada pemberi maklumat warga tempatan atau pendatang asing,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, selain tawaran wang ganjaran itu, pihak MCA dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Wilayah Persekutuan mengadakan operasi gerak gempur mencari Sharlinie di seluruh ibu kota.
“Bagaimanapun, kami menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan mengedarkan gambar Sharlinie kepada pekerja warga asing yang bekerja di restoran dan kawasan tapak pembinaan.
“Terbaru pihak MCA dan MCPF diketuai Dato William Lim mengedarkan poster Sharlinie kepada pekerja restoran warga Bangladesh dan Indonesia di sekitar ibu kota sepanjang minggu lalu,” katanya.
Menurutnya, lebih 300 pekerja warga asing diberikan penerangan ringkas berhubung kehilangan Sharlinie dan kaedah menyalurkan maklumat kepada polis.
“Langkah ini diharap sebagai alternatif sampingan untuk menjejaki Sharlinie yang dilaporkan masih gagal dicari sehingga kini.
“Kita berharap warga asing yang berada di negara ini turut membantu mengesan kanak-kanak malang terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang ditemui semalam berkata, usaha mencari Sharlinie masih diteruskan walaupun ada pihak cuba memberi gambaran negatif konon polis tidak lagi meneruskan siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, walaupun siasatan kes Sharlinie tidak menemui petunjuk baru namun pihak polis tidak henti berusaha siang dan malam bagi menjejaki kanak-kanak itu.
“Dari segi siasatan, kita (polis) tidak akan menghentikannya walaupun mengambil masa 20 tahun lagi. Saya yakin polis akan berjaya menyelesaikan kes ini... cuma masa yang menentukan.
“Buat masa ini detektif polis sedang berkeliaran di seluruh negara untuk menjejaki Sharlinie termasuk di kawasan sempadan. Apa yang kita harapkan orang ramai memberi maklumat tepat bagi memudahkan tugas polis,” katanya.
Menurutnya, laporan media berhubung kes Sharlinie boleh memberikan kesan positif dan negatif terhadap siasatan polis.
“Dari satu segi, ia dianggap baik kerana orang ramai tahu bahawa polis menjalankan tugas seperti diharapkan namun dari sudut lain, ia memberi maklumat kepada penjenayah terhadap tindakan polis seterusnya,” katanya.