BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Gangnam Style' Trofi Terhebat Psy

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
CMS-PSY-1024x576.jpg


SEOUL: Sepuluh tahun selepas lagu ‘Gangnam Style’ menjadi fenomena global, penyanyi rap Korea Selatan, Psy menjalani kehidupan terbaiknya, bangga dengan ‘trofi terhebatnya’ dan bebas daripada tekanan untuk mengulangi kejayaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Dimuat naik ke laman YouTube pada 15 Julai 2012, video muzik aneh lagu itu menjadi ‘megahit’, dengan tarian menunggang yang menjadi simbol Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang, yang membawa kepada ribuan ikutan dan ditiru ramai di seluruh dunia.

Ia adalah video YouTube pertama yang mencapai satu bilion tontonan dan Psy mencapai apa yang tidak dapat dilakukan artis K-pop sebelumnya, iaitu pengiktirafan global.

Ketika puncak populariti lagu itu, beliau berada di mana-mana, berkongsi pentas dengan Madonna, mengetuai ‘flash mob’ di hadapan Menara Eiffel dan membuat persembahan di depan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama.

Bagaimanapun, kemasyhuran ‘Gangnam Style’ hadir dengan tekanan kepadanya untuk mencipta satu lagi fenomena.

Psy pernah menyifatkan ia sebagai salah satu tempoh paling sukar dalam hidupnya.”Ia menjadi lebih berat dan lebih sukar kerana… setiap kali saya (terpaksa) mempunyai lagu yang kuat seperti itu,” kata Psy kepada AFP dalam satu temu bual di pejabatnya di Gangnam, Seoul, minggu lalu.

“Saya meletakkan harapan yang besar pada lagu itu, namun anda tahu, ia berlaku 10 tahun lalu. Jadi sekarang, saya benar-benar bebas,” katanya.

‘Gangnam Style’ bukan saja mengubah kerjaya Psy tetapi juga industri muzik, yang membuktikan bagaimana artis yang tidak menyampaikan lagu dalam bahasa dominan seperti bahasa Inggeris, boleh menjangkau khalayak antarabangsa melalui internet.

Ia turut mendorong perubahan dalam cara carta muzik disusun, menjadikan carta Billboard mengambil kira tontonan dan strim YouTube.

“Artis K-pop sangat besar di YouTube, mereka mendapat banyak tontonan. Jika Billboard tidak berubah, ia (tidak akan) semudah itu,” katanya yang kini berusia 44 tahun. – AFP


 
Back
Top
Log in Register