(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)
SINGAPURA: Gambar Pilihan Hari Ini sangat mencuit hati. Manakan tidak, lihatlah betapa manjanya anak kucing ini melentok di bahu Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim.
Detik istimewa ini dikongsi oleh Dr Faishal menerusi catatan Facebook beliau. Dr Faishal berkata anak kucing ini sedang bermain di Citadel, iaitu tapak bersejarah di Jordan.
IKLAN
"Saya berpeluang mengangkat anak kucing itu dan ia terus memanjat ke bahu saya dan mula memeluk dan mengucup saya, seperti bayi yang mendambakan kasih sayang, jagaan dan keselesaan daripada ibu bapanya," tulis Dr Faishal, sambil mengajak semua orang saling menjaga antara satu sama lain dan membawa kebaikan dalam apa jua keadaan yang sedang dilalui.
Gambar Pilihan Hari ini
SINGAPURA: Gambar Pilihan Hari Ini sangat mencuit hati. Manakan tidak, lihatlah betapa manjanya anak kucing ini melentok di bahu Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim. Detik istimewa ini dikongsi oleh Dr Faishal menerusi catatan Facebook beliau. Dr...