ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing.
Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak.
Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang.
Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata).
Jumlah ini yang menjadi ‘hantu’ kepada para pelajar hari ini.
Semua rakyat sepatutnya mendapat pendidikan tanpa bebanan,
kerana pendidikan merupakan tanggungjawab asasi yang perlu dimiliki oleh rakyat seperti juga kemudahan air, perubatan dll.
HARAPAN:
1.“Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman
tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.”
Saya yakin, sumber kerajaan Malaysia hari ini sangat banyak.
Daripada syarikat-syarikat milik kerajaan, hasil-mahsul minyak petroleum, pelaburan saham dan sebagainya, andai diurus dengan baik, maka apa salahnya beberapa peratus disalurkan bagi mengurangkan bebanan ini.
Bantuan pendidikan tidak berasaskan ‘bisnes’
2.“Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.”
3.“Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan
memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.”
**Penulis adalah Mantan Exco Kepimpinan, Kerohanian dan Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Universiti Malaya 2009
kena edit sikit sbb ada unsur2 politik

teks penuh:
http://www.harakahdaily.net/v2/inde...i-sokong-pr&catid=109:remajawanita&Itemid=151