BTC USD 82,312.5 Gold USD 4,167.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Gambar) Dalam Kaabah

betul ke gambar & video tu?
kalau betul syukur Alhamdullilah la.dapat jugak aku tengok.

mmg betul dan benar....tiada syak lagi. melainkan betul dan benar belaka. :)cgrock
 
selalu rindu kpd Rasulullah...rindu juga nak keliling Baitullah. insya-Allah.
 
mintak tolong sesapa terangkan pasal baabut taubah? aku nak tau sesangat pasal ni.. cari kat internet takdapat info sangat
 
mintak tolong sesapa terangkan pasal baabut taubah? aku nak tau sesangat pasal ni.. cari kat internet takdapat info sangat

xpenah dgr plak benda ni.....berkaitan kaabah jugak ke tu? :-?:-?
 
Allah memerintahkan kita sujud ke arah kaabah bukan kerana menyembah kaabah tetapi sebaliknya kerana itu adalah simbol perpaduan umat Islam secara tersuratnya.Tetapi secara tersiratnya..adalah rahsia milik Allah.Dia yang Maha Berkuasa menjadikan segala sesuatu yang ada di langit dan bumi meskipun dilihat mustahil oleh kita hamba ciptaanNya yang kerdil.

sokonggggggg
 
Jgn cakap kaabah tu tiada apa2 yg istimewa, sbb ia bergantung kpd individu. Saya baru jer mendarat pulang dari melakukan umrah hari ini. Saya harap, mana2 sahabat yg ada duit lebih tu..ambiklah peluang ke sana. Kaabah adalah binaan yg diangkat darjatnya oleh Allah supaya dimuliakan... bukan untuk disembah. Mesti ada rahsia tersembunyi disebaliknya. Sama2lah kita cari keistimewaan nya.

Ke Makkah anda akan dapat apa yg diniatkan hati masing2. Jika niat nak berjalan2 makan angin..anda akan dapatlah apa yg anda hajati tu. Kalau niat nak beribadah...insyaallah itulah yg anda akan dapat. Tapi satu jer yg nak bagitau... disinilah bermulanya bermacam2 dugaan dan cabaran. Tapi jangan takut utk ke sana walaupun siapa diri anda dahulu..kerana Allah tahu apa yang dihajati oleh anda ke sana. Pada minggu saya berada di sana, Makkah hujan...3 hari berturut2 walaupun sebentar dan tidak lebat. Jom sahabat2..pilih mana2 pakej umrah... pergilah ke sana kerana di sana, anda tidak akan merasa rindu kepada sanak-saudara di sini... apa difikirkan ialah hanya nak kejarkan ganjaran keistimewaan beribadah di sana.

betul tu tuan...ada rahsia n keistimewaan yg tersembunyi (kaabah) yg manusia tidak ketahui. jika kita ada niat hendak menunaikn umrah atau haji..maka pasanglah niat dr skrg..InsyaAllah Allah akan tunaikn permintaan kt utk ke sana. Dr pgalaman saya yg lepas, sy telah pasang niat sejak dr sekolah lg utk menunaikn ibadah umrah. Alhamdulillah bulan lepas saya telah dpt menunaikan ibadah umrah buat kali ptama bersama jemaah dr malaysia.

pergi menunaikn umrah atau haji adalah atas jemputan ALLAH..walaupun kt mempunyai duit rm 1juta tp jika Allah tidak jemput kt ke sana..kt tidak akan dpt pergi juga... tetapi walaupun kt ada duit rm 10ribu ,jika Allah jemput kt ke sana..Kt akan dpt ke sana jg.

terima kasih pd kwn2 yg meletakkn gmbr n video kaabah
 
Last edited:
salam, saya pernah hampir-hampir berpeluang nak masuk ke dalam kaabah pada tahun 1996 dahulu sewaktu bumbung kaabah sedang dibaiki, tapi Allah lebih berkuasa, tiba giliran saya, guard tahan... hanya kawan saya sahaja yg dapat masuk ke dalam kaabah
 
Back
Top
Log in Register