BTC USD 80,181.6 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar 100 Ulama Dunia Diedit?

Meh aku terang kat sapa2 hok dop faham lagi. 2 gambar tu memang gambar berbeza. Gambar pertama tu gambar 'Senarai Ulama Malaysia'.

Yg kedua plak tajuk gambar tu as you can see tulisan tu tulis Aulia/Waliyullah. Kebetulan plak ada gambar beberapa org pemimpin PAS...:eek::eek::eek:

So, apa yg jadi persoalan sebenarnya? Besenya kalu ada gambar pasal seseorang yg dianggap para Wali biasanya diorang dah lama meninggal.

gambar pertama tu senarai ulama habaib (mempunyai pertalian dengan Rasulullah SAW) jadi ulama yang tiada pertalian darah dengan Rasulullah memang tak ada dalam gambar tu,

jadi memang masalah dan takda kaitan bila banding dua poster tu, ke guana bos?

dan gambar kedua tu, para aulia, dan ketika poster tu dikeluarkan dulu banyak lagi tokoh dalam tu yang masih hidup antaranya Sheikh Ahmad Yassin (2 dari kiri TGNA), dan kebanyakan dari gambar para aulia tu ialah mereka-mereka yang berjuang untuk Islam dalam dunia moden. Memang benar, tiada manusia dapat meletakkan status wali ataupun syuhada' pada sesiapa tapi kita diajar tentang ciri-ciri wali atau syuhada' dan dengan memanggil sesorang itu dengan gelaran wali Allah ataupun Asy-Shahid bagi yang berjihad kita sebenarnya mendoakan supaya status itu diterima Allah.
 
Last edited:
aku jumpe kt fb macai..
602227_486943794688859_741989934_n.jpg
 
gambar ulamak pun nak kecoh
apalah mentaliti umat Islam hari ini

letaklah gambar ulamak mana sekali pun
hanya ulamak sebenar yang tahu siapakah yang layak dipanggil ulamak

usahlah dipuji puja kepada ulamak ini
tetapi kejarlah dan dapatkan ilmu yang ada pada mereka

usahlah dilihat ulama dalam skop politik sempit
tetapi lihat ulamak itu dari kacamata Islam sebenar
 
Last edited:
dua gambar yang berlainan. Antara muka dalam gambar 1 dan 2, saling tak sama. Bukan 4 orang tokoh PAS sahaja, malah tokoh ulama lain pun tak sama antara satu sama lain.

So boleh jadi gambar 1 adalah yang latest. Dan boleh jadi juga gambar 2 yang latest. Dan jika kalo edit sekalipun, ia tidak memberi kesan kepada penyokong PAS utk terus menyokong PAS. Kerana penyokong PAS bukan sokong PAS sebab ada 4 tokoh PAS dalam list ulamak, tetapi sokong PAS kerana PAS adalah parti Islam.

Titik. . .
 
aku rasa perbandingan antara dua tu ialah satu ulama dunia dengan ulama alam melayu... so maybe yg tt post tu ulama alam melayu, so tak mustahil boleh masukkan 3 org yg tu...

bukan ulama alam melayu. sebab banyak gambar ulama luar. Ahmed Deedat pun ade dalam tu.
 
Back
Top
Log in Register