Google Inc akan membeli pembuat perkakasan telefon Motorola Mobility Holdings Inc pada harga AS$12.5 bilion (RM37.5 bilion), langkah yang akan menjadi saingan kepada Apple Inc. — Foto Reuters
Mencari rezeki tambahan pada bulan Ramadan dengan menghasilkan rekaan bintang pelbagai saiz yang dihiasi dengan lampu kelip berwarna-warni atau lebih dikenali dengan lampu panjut. Usaha ini dilakukan penjual pisang goreng di Air Itam, Khairul Anuar Othman, 42, bagi menambah pendapatan di bulan Ramadan. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan hadiah tempat pertama kepada pasangan adik-beradik dari SJK Chung Hua No.4, Kuching Sarawak, Irdina Hani Muh Rasli ,9, dan Muhd Ikmal Hakimi serta Guru Besar, Chai Hon Mun (kanan) yang memenangi Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 kategori sekolah rendah di sini, Selasa. Turut sama ialah (dari kiri) Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed.-Foto BERNAMA