BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Galaxy Note 2 dilancar Oktober ini

baru nak angkut SIII dan GNote1 ni......huhu....
 
tggu lg la nampknye....hu3

note 2 quad core...fuhhhhh
 
Adoiyai.nak beli sah2 dah x mampu.mampu tengok jela
 
pergghhh mahal betul buku nota zaman skang nih. Zaman aku dulu 40 sen jek haih....
 
Stendet harga samsung klau baru2 kuar mesti 2k-2.2k...tgu lg spi 5-6 bln baru price drop kpd 1.7k-1.8k...
Aduhhh kempunan lah klau tk tgu yg nie...skrin 5.5 inc nmpak gayanya nk kena pkai waist beg ataupun pulse dah nie...
 
tp still den rs apps android xleh nk compete ngan apps itune
 
samsung_galaxy_note_review_sg_51-580x442.jpg


Galaxy Note 2 akan diperkenalkan Oktober ini selepas telefon pintar dan komputer tablet generasi pertamanya menerima sambutan memberansangkan. - AGENSI

SEOUL 7 Julai - Samsung merancang untuk mengeluarkan telefon pintar Galaxy Note 2 pada Oktober ini selepas komputer tablet itu berjaya mengenepikan produk keluaran Apple dengan jualan tujuh juta unit.

Galaxy Note 2 dilaporkan bakal memiliki skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan skrin resolusi super tinggi, 1680x1050.

Sebelum ini Galaxy Note menjadi kegilaan ramai dan model baru itu juga dijangka akan mengenepikan produk keluaran telefon pintar akan datang Apple iaitu iPhone 5 yang dilaporkan turut akan menggunakan skrin besar.

Model terbaru itu dilengkapi dengan kamera 12 mega pixel dan menggunakan sistem quad core processor, spesifikasi yang mengekalkannya mendahului teknologi yang akan digunakan oleh iPhone 5.

Telefon pintar Galaxy Samsung kini menjadi produk utama kepada syarikat Korea Selatan itu dan menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi.

Galaxy telah mengenepikan pesaing hebatnya, sekali gus menyebabkan Samsung mencatat rekod jualan tertinggi. - AGENSI


kalau betul iphone akan kuar dan akan guna skrin lebih besar , aku harap dia upkan ke 4 inci sahaja saiz , memang dah mantap
giler:D

retina display kan , kena lak saiz 4 inci , memang malatopppp..:))
 
Back
Top
Log in Register