BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Galaxy A8 ditunggu peminat

fahmi93

Fun Poster
Messages
155
Joined
Jun 15, 2012
Messages
155
Reaction score
0
Points
10
samsung-ultrathin-galaxy-a8-comes-with-qualcomm-snapdragon.jpg



Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics menjangkakan sambutan hangat bagi koleksi terbaru telefon pintar siri Galaxy, Galaxy A8 yang mempunyai badan logam penuh nipis berketebalan 5.9 milimeter (mm) dan menjadi telefon pintar paling nipis dalam barisan telefon pintar lain.
Naib Presiden Mobil, IT & Pengimejan Digitalnya, Lee Jui Siang berkata, Galaxy A8 adalah peranti mudah alih yang direka indah dan bergaya di luar serta disokong prestasi yang luar biasa di bahagian dalamnya.
“Galaxy A8 mewakili reka bentuk bingkai logam halus dengan potongan canggih dan nipis. Skrin paparan penuh 5.7 inci HD Super Amoled dan bezel 2.5mm memberikan pengalaman menonton lebih hebat dengan ruang skrin maksimum.
“A8 mempunyai resolusi kamera 5MP dan 16 mekapiksel (MP) untuk kamera hadapan dan belakang dimana kedua-duanya dengan aperture f1.9 dan fungsi HDR. Ciri terbabit membolehkan Galaxy A8 mengambil gambar dengan jelas dan terang walaupun dalam keadaan gelap,” katanya pada majlis pelancaran Galaxy A8, di sini, baru-baru ini.
Selain itu, ia menawarkan pelbagai fungsi kamera yang mudah dan inovatif. Dengan pelancaran pantas, pengguna Galaxy A8 hanya perlu klik dua kali butang ‘Home’ untuk terus mengakses dan melancarkan kamera.
“Ia turut dilengkapi fungsi Smart untuk mengambil gambar diri sendiri, mod lebar untuk gambar berkumpulan serta mod penggera mengesan muka sendiri,” katanya.
Beliau berkata, walaupun A8 antara peranti ternipis, ia masih menyediakan penggunaan bateri yang tahan lama dengan kapasiti tinggi iaitu 3050 mAh termasuk perkhidmatan tema pengimbas cap jari dan pengurus pintar.
“Pengimbas cap jari pula memperkenalkan cara cepat dan selamat untuk pengguna membuka kunci telefon mereka,” katanya.
Galaxy A8 berada di pasaran bermula 30 Julai lalu dalam tiga pilihan warna berbeza iaitu putih mutiara, hitam dan emas pada harga RM1,888.


http://www.hmetro.com.my/node/68497#sthash.Eb4q8cb8.dpuf
 
Apakah keistimewaannya ini. Aku lebih gemar telefon pintar skrin bersaiz 7 inci.
 
Rm1888 ni aku rasa orang bod0 je beli. Sbb dengan harga yu dah boleh beli peranti flagship samaung mcm s6 dan note 4
 
Kalau dual sim, support lte cat4,4gb ram,internal 64gb,4000mAh...boleh lg le dipertimbangkan...
 
Back
Top
Log in Register