BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Galakan Membunuh Cicak

check btul2 sume..ni hadis lemah ni.. Islam agama suci, mne penah suruh bunuh binatang..even anj*** pun..jgn tersalah sebarkan, dosa tu..
 
kecik2 dulu aku suka tangkap cicak pastu bagi ikan kaloi makan..
 
Aku pernah dengar orang kristian bercerita ... dorang galakkan pla bunuh labah-labah.

Dorang sayang cicak dan benci labah-labah
 
check btul2 sume..ni hadis lemah ni.. Islam agama suci, mne penah suruh bunuh binatang..even anj*** pun..jgn tersalah sebarkan, dosa tu..



Alhamdullillah


Boleh Tuan berikan nas Tuan tentang kenyataan Tuan berdosa menyebarkan hadith ini?...'Hadith lemah"?...apa maksud Tuan???...Harap Tuan bertanggungjawab & memberikan tambahan huraian yg jelas....Terima kasih..:D
(Tuan bertanggunjawab memberikan dalil dalil kenyataan Tuan)



Kepada yg ingin mendengar hujah tambahan tentang anjuran membunuh cicak...bolehlah dengar & lihat penerangan seorg pakar Hadith kita iaitu Al Fadhil Maulana Muhammad Asri Yusuf....



http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=ye4333mJTac





http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=ye4333mJTac
 
xsmpai hati nak bunuh..

paling kuat sy akan halau je..

kesian..
 
cicak xp..
jgn tokek..
mahal woo..
 
Membunuh Haiwan Perosak

Beberapa contoh haiwan perosak/pengganggu lagi membahayakan yang dibolehkan dibunuh menurut Islam:
1. Gagak (الغُرَابُ)
2. Helang (الحِدَأَةُ)
3. Tikus (الفَأْرَةُ)
4. Anjing gila atau anjing perosak/pengganas (الكَلْبُ العَقُورُ)
5. Kala jengking (العَقْرَبُ)
[lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 3136. Muslim, no. 1198]
Disebutkan juga dalam hadits/riwayat yang lain:
6. Ular (الحَيَّةُ) – khasnya yang berbisa atau yang mengancam manusia. [lihat: Shahih Muslim, no. 1198. Dll]
7. Cicak (الْوَزَغُ). [lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 3359. Muslim, no. 2237, 2240]

Manakala contoh-contoh haiwan yang dilarang untuk dibunuh dalam Islam adalah:
1. Semut (النَّمْلُ)
2. Lebah (النَّحْلُ)
3. Burung Hud-hud (الهُدْهُدُ)
4. Burung Shurad (الصُّرَدُ)
[lihat: Sunan Abi Dawud, no. 5267. Ibn Majah, no. 3224. Musnad Ahmad, 9430]
5. Katak (الضِّفْدَعُ)
[lihat: Sunan Abi Dawud, no. 3871. Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, 19123]
6. Haiwan yang tidak berbahaya dan tidak mengganggu, atau haiwan-haiwan yang kita tidak punya alasan yang munasabah untuk dibunuh, kerana ianya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.
[lihat: Sunan An-Nasaa'i, no. 4445]

Di antara adab membunuh;
. Hendaklah dengan alasan yang benar,
. Tidak menjadi sebab timbulnya mudharat/kerosakan lebih besar (seperti rosak atau terputusnya kesimbangan ekosistem),
. Hendaklah membunuhnya dengan ihsan, yakni dengan cara yang paling baik (seperti dengan sekali pukulan yang langsung mematikan),
. Tanpa menyiksa atau berbuat zalim seperti membakarnya hidup-hidup.
Wallaahu a'lam

facebook.com/abunumair/posts/pfbid0iSgeM3TywqhY2mxFe1b6pSZh3tSjDDaDZNLHy8AfANQ7ahB2u1demQvRxQmK7QPvl
 
Back
Top
Log in Register