BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji Naik Tapi Bonus Kurang

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
KUALA LUMPUR: Pekerja sektor swasta menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi tahun ini namun jumlah bonus untuk tahun hadapan dijangka menurun.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Azman Shah Haron berkata Kajian Gaji Eksekutif dan Bukan Eksekutif MEF 2011 mendapati data yang dikumpul daripada 214 syarikat responden menunjukkan purata kenaikan gaji untuk eksekutif iaitu sebanyak 6.45% adalah lebih banyak daripada 5.37% yang diberikan kepada bukan eksekutif.

"Bagaimanapun, anggaran kenaikan gaji untuk bukan eksekutif dijangka meningkat kepada 5.73% pada tahun depan manakala kenaikan untuk eksekutif sedikit menurun iaitu sebanyak 6.08%," katanya, Selasa.

Azman berkata jumlah bonus untuk eksekutif pada tahun depan adalah sebanyak 2.13 bulan, lebih rendah berbanding 2.48 bulan pada tahun ini, manakala untuk bukan eksekutif, bonus sebanyak 1.93 bulan berbanding 2.03 bulan pada tahun ini. Katanya, 82.4% syarikat memberi bonus samada kepada semua atau sesetengah eksekutif pada tahun ini berbanding 86.1% pada tahun lepas.

Sebanyak 81.9% pekerja bukan eksekutif diberi bonus pada tahun ini berbanding 83.7% pada tahun sebelumnya.

sumber
 
company aku 1/2 bulan ja bonus..huhu
kenaikkan xtau lg cmna
 
swasta mana yg naik tu? selalunya yg gaji kencang dan bonus berbulan2 ni, company besar dan glc je. gaji dah la besar, bonus selalunya tak kurang 2bulan hingga 6bulan.tu baru staf biasa. kalau bos besar, sampai berbelas bulan pun ada. staf2 lain mcm gomen n company biasa2 ni. gigit jari je la tgk diaorg dpt imbuhan yg besar tu.
 
sape2 try keje ngan sunway group..mmg mmpos melayu dikerah tp bayar gaji kurng..cine je yg bly jd exec..cina je yg dpt gaji tgi dri melayu...sedangkn kelulusan yg same..heheh
 
Back
Top
Log in Register