BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

gaji minimum

sepalola2008

Active+ Member
Messages
3,212
Joined
Feb 8, 2008
Messages
3,212
Reaction score
5
Points
25

Usul gaji minimum diterima


PERBAHASAN panjang terpaksa dilalui Kementerian Sumber Manusia semalam, apabila Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati terhadap Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 hingga membangkitkan usul merujuk rang undang-undang itu ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran membawa usul menerusi Peraturan Mesyuarat 54 (2) yang menjelaskan rang undang-undang berkenaan tidak wajar diadakan dan ia perlu dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.


Awalnya, beliau membangkitkan usul itu sebaik Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam membacakan rang undang-undang terbabit untuk bacaan kali kedua, tetapi ditegur Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang memintanya menunggu sehingga ia habis dibahaskan.

Selepas Dr Subramaniam selesai menggulung perbahasan, pemimpin DAP itu bersuara dan undian belah bahagi dibuat bagi menentukan sama ada usulnya diterima atau tidak.


Bagaimanapun, hasil undian mendapati hanya 29 undi mengatakan setuju terhadap usul dibawa Kulasegaran, manakala 69 lagi tidak bersetuju dan Ronald memaklumkan: ‘lebih suara tidak setuju, jadi usul tak disetujukan’. Menutup persidangan berlangsung selama 12 hari bermula 13 Jun lalu, Ronald mengumumkan Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 diluluskan. Sebelum itu ketika perbahasan, beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kewajaran Majlis Perundingan Gaji Negara antaranya, Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang mendakwa kuasa menentukan gaji minimum terletak di tangan Menteri sekali gus menafikan hak wakil pekerja.


“Jelas dalam hujah saya tadi, saya sokong gaji minimum tapi merujuk fasal yang syor gaji yang dibuat oleh Majlis akan diputuskan Menteri, (bermakna) boleh batal dan melantik syor lain,” katanya.

R Sivarasa (PKR-Subang) pula berkata, “Menteri lebih baik merujuk rang undang-undang ini kepada Jawatan kuasa Pemilihan supaya (kita) boleh duduk dan tengok balik kewajarannya.” Bagaimanapun, segala ‘serangan’ Ahli Parlimen pembangkang dipatahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyifatkan mereka tidak memahami maksud dan tujuan penyediaan rang undang-undang yang membolehkan Majlis Perundingan Gaji Negara diadakan.


boleh caya ke statement ni,biasa BN tak boleh jawab,kalo koncing aku caya:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register