BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji minimum diumum malam ini

waepy

Active+ Member
Messages
4,626
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
image.jpg


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, malam ini dengan kadarnya dianggarkan antara RM800 hingga RM1,000.

Pengumuman itu, yang difahamkan lebih tinggi berbanding syor Majlis Perundingan Gaji Negara, akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sempena sambutan Hari Pekerja yang jatuh esok.

Kedua-dua Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meletakkan harapan masing-masing dengan kadar "bersejarah" itu, yang dijangka akan memberi kesan besar ke kadar upah tenaga kerja di negara ini dalam jangka panjang.

MTUC berharap kadar yang akan diumumkan malam ini akan mendatangkan manfaat menyeluruh dengan dikuatkuasakan di seluruh negara serentak dalam waktu yang singkat manakala MEF pula berharap pengumuman gaji mininum tidak mencetuskan tekanan ke atas harga barang.

Awal bulan ini, Najib berkata, beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir April.

Pengumuman mengenai kadar gaji minimum telah dinanti lebih setahun. Tahun lalu kerajaan membentuk Majlis Perundingan Gaji Negara, yang diberi tanggungjawab untuk tampil dengan syor berkenaan satu kadar yang sesuai.

Berdasarkan syor itu, Kabinet meluluskan satu kadar yang munasabah bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Kami berharap gaji minimum ini akan dikuatkuasakan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan. Kalau ada majikan yang hendak melaksanakan pada bulan depan, OK. Tetapi kami mahu kerajaan memastikan ia dilaksanakan di seluruh negara dalam satu tempoh, katakan enam bulan, tidak mahu lebih lama daripada tempoh enam bulan," kata Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor kepada Sinar Harian Online.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/gaji-minimum-diumum-malam-ini-1.44307
 
Awat nama cuepacS xdak..adakah untuk pekerja swasta saja?? Huhu
 
ada pro & kontra...
di Thailand pengusaha Jepun berhajat hendak memindahkan operasi kilang mereka ke negara jiran akibat kenaikan kos buruh bila Thailand bercadang hendak laksana gaji minimum sepenuhnya pd april 2013 pd kadar 300 Baht (RM30) sehari...
 
harap memuaskan la pengumuman ni
 
berita gembira untuk pekerja2 bawahan..
bagi yg pertengahan ni tkder apa kesan ler:)
 
huh dah umum ke..jadik majikan kampong pon kena gaji minimum gak ka ni..
bah..aku pakai pengasuh ni..nak kena beri gaji minimum gak kah..??
fenim ni weih...
 
gaji minimum ni..majikan kena serap la kos yang akan meningkat...takut harga barang naik je...mcm kilang gula sebagai cth...klu skang dia ada pekerja sebyk 1000 org bergaji rm700...katakan gaji minima diumumkan rm1,000..so ada peningkatan sebanyak rm300,000.00 bagi kos pekerja die sebulan...maka...ada kemungkinan harga barang akan meningkat...tu baru kilang gula
 
Back
Top
Log in Register