BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji lumayan umpan gadis

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
MELAKA: Tertarik dengan pelawaan rakan yang kononnya mendapat gaji lumayan mendorong segelintir gadis dari kawasan pedalaman Sabah datang ke negeri ini untuk bekerja sebelum terjebak dengan aktiviti pelacuran.

Kebanyakan gadis berusia 19 hingga 23 tahun itu pada mulanya dikatakan ditawarkan bekerja sebagai tukang urut sebelum lama-kelamaan menjadi pelacur bagi menampung kehidupan selain ingin bergaya dan hidup mewah.

Malah berdasarkan rekod Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) ada di kalangan gadis terbabit memperoleh pendapatan antara RM6,500 hingga RM10,000 sebulan. Bagaimanapun, mereka ini tidak diambil tindakan di mahkamah kerana bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, tiada sindiket yang membawa gadis itu ke negeri ini, sebaliknya mereka datang dengan rela hati selepas tertarik dengan pelawaan rakan sekampung yang pernah melakukan pekerjaan sama sebelum ini.


Katanya, sebaik mengetahui pekerjaan yang dilakukan rakan mereka itu, gadis terbabit tiada pilihan lain kecuali turut terjebak kerana tidak tahu hendak ke mana jika tidak melakukan pekerjaan itu.

“Mulanya sukar untuk menerima pekerjaan itu tetapi apabila mendapat gaji lumayan, rasa bersalah itu lama-kelamaan hilang begitu sahaja sebaliknya lebih komited untuk menjalankan kegiatan itu.

“Mereka juga tidak menghadapi masalah apabila terdapat pelanggan tetap yang kebanyakan terdiri daripada warga asing yang bekerja di bandar ini,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, ada juga antara mereka berpindah ke negeri ini selepas diberitahu mereka mampu memperolehi pendapatan mudah di sini.

Katanya, ada juga yang sengaja mengubah untuk memilih kerja itu memandangkan pendapatannya lebih tinggi.

“Kebanyakan mereka ada yang sudah beberapa tahun begelumang dengan kerja terkutuk ini dan turut berpindah ke lokasi lain. Ini terbukti apabila mereka ditahan beberapa kali di beberapa lokasi yang berbeza,” katanya.
 
bnyk tol cite ko ari neh boey.. mane ko korek neh?
 
satu metro dia sakau tu.. hahaha
 
huahua..melaka kt mana nieh..aku pon nak apply la..dari pada dok tanam anggur..urut2 pon cam menarik.. :p :">
 
huahua..melaka kt mana nieh..aku pon nak apply la..dari pada dok tanam anggur..urut2 pon cam menarik.. :p :">

aik.. ko nih laki ke pompuan? hehe kalo pompuan aku rase takde masalah la
 
Back
Top
Log in Register