BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis terima hadiah lori daripada bapa

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
hadiah-lori.jpg
Gadis ini memang sudah biasa memandu lori dan gemar memandu kenderaan berat itu. – TikTok



JAKARTA – Seorang gadis di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan video yang menunjukkan hadiah yang diterima daripada bapanya, iaitu sebuah lori, lapor program berita Liputan 6 hari ini.

Menerusi hantaran di TikTok, gadis tersebut memberitahu bahawa dia memang sudah biasa memandu lori dan gemar memandu kenderaan berat itu.

Bakal jururawat itu juga sebelum ini sering memuat naik video yang menunjukkan dia sedang memandu lori.

Menurutnya, pada awalnya dia sekadar cuba-cuba untuk memandu lori. Gadis itu kemudiannya menjadi mahir dalam pemanduan, sekali gus menjadikan bapanya membuat keputusan untuk menghadiahkannya sebuah lori.

“Awalnya sekadar mahu mencuba. Tiba-tiba ayah membeli lori buat saya,” tulisnya.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.


“Wanita idaman saya,” kata seorang pengguna.

“Jaga-jaga semua. Bidadari memandu lori,” kata seorang lagi. – AGENSI
 
Back
Top
Log in Register