BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gabungan 58 NGO Serah Memorandum Ke Kedutaan AS, Bantah Tekanan Terhadap Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Gabungan 58 NGO Serah Memorandum Ke Kedutaan AS, Bantah Tekanan Terhadap Malaysia​

9f6f3f3b562a61656869b3b0ca2ade5d6a633f3279e8b

d38c6a589b697144f624f89982cce8ef6a633ef1dfd31

14bbe5ab7c2458ba6e0650d99e489d466a633f8ccc1c4

37f8b04f65d966758ebfd1dd114ef7326a633ebe67a88

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid ketika hadir bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung tekanan yang diberikan oleh ahli Kongres Amerika Syarikat ke atas dasar kedaulatan Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Gabungan 58 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini bagi membantah tindakan lapan Ahli Kongres negara itu yang mendesak campur tangan terhadap dasar luar Malaysia.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata memorandum bantahan itu diserahkan kepada pegawai bahagian politik kedutaan pada 2.45 petang tadi.

Turut serta dalam sesi penyerahan memorandum itu ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Hasnul Haniff Harun.

Mohd Azmi berkata bantahan itu dibuat susulan tindakan ahli Kongres berkenaan yang mendesak kerajaan AS menggantung bantuan keselamatan termasuk program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) sekiranya Malaysia tidak membatalkan dasar larangan terhadap warga Israel dalam tempoh 15 hari.

"Kita menegaskan tentang kedaulatan, hak dan kebebasan untuk menentukan dasar negara tanpa perlu tunduk kepada tekanan AS yang memberikan masa 15 hari untuk kita mengikuti kehendak mereka.

"Siapa AS untuk menentukan dasar kami? … Malaysia secara konsisten tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan perkara ini tertera dengan jelas pada pasport negara yang tidak membenarkan perjalanan ke negara haram itu," katanya pada sidang media selepas penyerahan memorandum berkenaan.

Mohd Azmi turut membidas hipokrasi AS yang menyekat kemasukan rakyat dari beberapa negara lain atas alasan kedaulatan, namun dalam masa yang sama mempertikaikan hak Malaysia untuk menghalang kemasukan warga Israel.

Sementara itu, Ahmad Fahmi berkata pihak NGO semalam telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan pendirian rakyat Malaysia yang bersatu di belakang ketegasan kerajaan.

Beliau turut menyelar dakwaan lapan Ahli Kongres parti Demokrat negara terbabit kononnya tindakan Malaysia bersifat antisemitisme, dan menegaskan bahawa pendirian negara ialah menentang penindasan dan pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang sedang berlaku di Gaza.

 
Back
Top
Log in Register