ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Abdullah menunjukkan risalah promosi Karnival Serlahkan Kehebatan 4.0.
JOHOR BAHRU - Menepati penganjuran perlaksanaannya, Karnival Serlahkan Kehebatan 4.0 terus menampilkan kelainan dalam aktivitinya.
Program anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) bakal menjadi medan perkumpulan kereta dan motosikal terbesar yang pernah direkodkan.
Karnival yang diadakan di Dataran Mahkota, Nusajaya, pada 29 Mei hingga 31 Mei depan dijangka dibanjiri 100,000 pengunjung dalam misi memecah Rekod Buku Malaysia (Malaysia Book of Records) bagi dua kategori iaitu kereta dan motosikal.
Ketua Biro Penerangan, Abdullah Md Yusof berkata, pihaknya menganggar kehadiran lebih 245 kelab motosikal dan 150 kelab kereta dari seluruh negara.
"Hampir 90 peratus kelab ini dari Johor di mana kita sasarkan mengumpulkan 10 000 motorsikal (7 000 rekod MBR) dan 7000 kereta (4000 rekod MBR).
"Lebih menarik lagi, peserta ini juga akan berselawat pada malam 29 Mei yang diketuai Penasihat Agama negeri, Datuk Nooh Gadut," katanya.
Abdullah berkata, karnival tersebut turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersempena Istiadat Kemahkotaan, 23 Mac lalu.
"Kita mendapat sokongan penuh kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri selain ia tanda kasih dan sayang rakyat jelata buat Tuanku Sultan yang kita sendiri ketahui meminati bidang permotoran.
"Ia satu pengiktirafan buat kami, selain ia juga membawa persepsi baharu, perhimpunan ini sebagai landasan 'networking' buat belia motosikal dan kenderaan ini yang dilihat menjadi satu cabang perniagaan dan ikatan silaturahim," katanya.