ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BANDUNG – Gabenor Riau, Annas Maamun dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda 200 juta rupiah (RM56,412) oleh sebuah mahkamah di sini, baru-baru ini selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.
“Sebagai pemimpin, tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat,” kata ketua panel hakim, Barita Lumban Gaol ketika membacakan hukuman seperti dipetik Kompas.com
Panel hakim di Mahkamah Rasuah Bandung mendapati Annas bersalah atas dua tuduhan rasuah.
Annas didapati bersalah menerima wang 500 juta rupiah (RM141,030) dan AS$166,100 (RM624,262) dari ahli perniagaan Gulat Medali Emas Manurung.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia menahan Annas, Gulat dan tujuh lagi termasuk isterinya dalam serbuan di kediaman rasmi gabenor itu pada 25 September tahun lalu.