BTC USD 83,014.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying Fxgolds - FxGolds.com

mana diorg ni erk.... tertekan sgt kot..

sbb apa... entahlah.. mmm.... satu bende yg paling jelas diorg susah capai target dlm trading. Bila x capai target, tekanan pun datang sbb payment yg expired nk kene bayar...
 
tempoh 30 hari pn xckup rupenyer...heran....
 
biasa la tu..adat menorex..mcm gak org menoreh... :D
 
2 org toreh satu pokok tu..xdpt gak hasil... :badgrin:
 
UPDATE ADMIN dari forum forexgolds

Assalamualaikum.

Saya mohon maaf kerana mengambil sikap untuk berdiam diri selama ni. Saya berdiam bukan kerana saya lari. Duit yang di invest ke program2 ni, 100% saya masukkan ke akaun forex. Tekanan demi tekanan diberi kepada saya. Moral down. both admin down kami terlalu yakin dgn indikator..then wat mistake lg. Saya akui saya telah wat silap dalam trade kali ini.

Memandangkan begitu hebat tekanan yg diberikan kepada saya... saya telah mengambil keputusan untuk me-refund semua user dan forexgold dan fxg akan di close selepas ini. Tiada proses cover loss lagi. Anda boleh menganggap saya telah loss.

Dengan sejumlah fund baru yang yang akan di berikan kepada saya, saya akan usahakan untuk me-refund secara berperingkat user user di dua program ini.

Mengenai statement, tak perlu lah saya update apa2 lagi kerana sudah ada DUA ORANG yang telah saya bayar modal+profitnya yang kononnya lebih tahu mengenai akaun forex saya. Dan tunggu sahaja mereka menunjukkannya di setiap forum. Cuma saya ingin katakan saya tak pernah menipu mengenai performance forex saya yang telah saya paparkan. Saya cuma blank kan ruangan no akaun, open trade dan floating sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, anggap saja saya loss. Ye, saya loss.

Saya minta maaf kepada yang telah menyokong saya dan maaf kerana kecewakan anda. Saya tak bercadang untuk membuka HYIP baru. Jangan risau. Cukuplah dengan kesilapan yang dah saya lakukan.

Saya akan refund secara berperingkat dengan keuntungan dari fund baru yang bakal saya terima ini. Data data akaun forexgold dan fxgold anda, telah saya buat backup.

Terima kasih kerana sokongan anda selama ini kepada saya dan saya mohon maaf sekali kerana telah mengecewakan semua investor. Harap bersabar tunggu proses refund setelah fund baru di masukkan ke akaun forex saya.

sekadar menyampaikan...
Sekian, wassalam :)
 
pantasnya sayang2u ni... br nk paste... heheh..
* xperlah mgkin nasib x menyebelahi saff...
 
em..adeii... bangga lah plak dengar ayat admin macam ni... bertanggungjawab.... ciri-ciri rakyat Malaysia.... Merdeka!
 
dengan berita yang kita terima kita harus redha k......
harap kita dapat terima berita ini dengar sabar ngan redha.....
segala yg terjadi sudah suratan.....
 
hurmmm...tggu refund la lepas ni...
 
ok setel kes...kita tgg refund je lepas ni...

kepada admin...kalau buat personal punya investment program pun aku rasa stil ade yg akan follow...
xde hal la..x semua org pandang serong pada kes ni...stil ade yg masih percaya pada keupayaan admin2 ni aku rasa...

kalau dh start refund...harap2 ade member2 yg update kt cni...ok
 
Back
Top
Log in Register