BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Full-Time Stock Taker by AJIS MALAYSIA

glyphic

Fun Poster
Messages
295
Joined
Oct 1, 2010
Messages
295
Reaction score
0
Points
10
ajis1_zpsb5d884ea.jpg


<<Jawatan Kosong di Lembah Klang>>

Pengira Stok Sepenuh Masa/Full-Time Stock Taker by AJIS MALAYSIA

AJIS adalah akronim untuk (All Japanese Inventory Service)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
•Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
•Berumur 18 - 30 tahun.
•Berpengalaman dalam bidang Stocks dan Inventory di pasaraya.
•Boleh menghadiri 100% kehadiran kerja yang telah ditetapkan.
•Menepati masa dan boleh bekerja shift malam serta mempunyai disiplin yang tinggi.
•Boleh bekerja di luar kawasan apabila diperlukan oleh syarikat.
•Sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan.
•Boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dan mahir dalam pengiraan Matematik adalah satu kelebihan.
•Menetap di sekitar kawasan berdekatan pejabat (Petaling Jaya) atau...
•Mempunyai lesen kereta atau motosikal yang sah, dan juga kenderaan untuk ke tempat kerja.
•Sila nyatakan gaji yang dipohon dalam resume anda.
•Boleh menjaga penampilan diri (kemas dan tidak memakai sebarang barang perhiasan atau aksesori sewaktu bertugas).

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
•Membuat pengiraan di pasaraya yang dikehendaki dengan menggunakan mesin pengiraan Auto Scan.

KELEBIHAN KAKITANGAN AJIS MALAYSIA
Gaji dibayar 2 kali sebulan. Separuh pada pertengahan bulan dan selebihnya pada hujung bulan.
•Kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat jika anda ditugaskan di luar kawasan lembah klang.
•Untuk keselesaan anda, bas akan disediakan ke lokasi kerja. Tempat berkumpul dan latihan akan dijalankan di pejabat yang terletak 5 minit dari Stesen LRT Asia Jaya (berdekatan dengan Hotel Hilton Petaling Jaya)

WAKTU BEKERJA
ISNIN hingga JUMAAT, dan cuti pada hari SABTU & AHAD.
Shift Biasa : 9.00pg - 6.00ptg
Shift Malam : 10.00mlm - 8.00pg

GAJI
RM1,200.00 + RM50 Elaun Kehadiran + RM80 (Elaun Prestasi)
+ Kerja Lebih Masa + Elaun Tengah Malam + Elaun Perjalanan (Travel Allowance) + KWSP & SOCSO.
Pendapatan Purata Sebulan : RM1,500.00 – RM2,000.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 November 2013

JIKA BERMINAT, sila hubungi Kamal di talian 016-2022753 atau hantarkan resume lengkap beserta gambar melalui email [email protected] dengan tajuk email "Stock Taker AJIS MALAYSIA".
 
Last edited:
huu...menarik kalau buat kerja ni mlm..tpi mau kurus aku tak tido2 sbb sinag ada komitmen lain...kalau tlg dapatkan org ada komisen xTT?
 
huu...menarik kalau buat kerja ni mlm..tpi mau kurus aku tak tido2 sbb sinag ada komitmen lain...kalau tlg dapatkan org ada komisen xTT?

memandangkan position ini adalah full time, memang tak berapa sesuai bagi sesiapa yang ada komitmen atau kerja lain pada siang hari.

maaf tiada komisen untuk kenalkan orang. thanks anyway.
 
klau nak keje shift mlm saje bleh ke tt?:D

kerja ni memang dilakukan pada waktu malam sahaja, iaitu apabila pasaraya telah ditutup. senang sikit buat pengiraan bila tiada pelanggan.

shift siang tu, hanya pada bulan yang kurang sibuk dan khusus untuk lakukan documentation/report dsb.

anda boleh hantarkan resume ke email [email protected] jika berminat.

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Oktober 2013. TQ.
 
Back
Top
Log in Register