BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[FREE] Premium Cloud Webhosting Percuma (30 hari)

GHz

Freshie
Messages
15
Joined
Dec 28, 2005
Messages
15
Reaction score
0
Points
3
Zianit dotcom, sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM, akan melancarkan "web hosting" servis dibawah jenama Zianit Hosting di http://www.zianit.net.

Zianit Hosting menawarkan premium Hosting menggunakan "True Cloud Server" platform berasaskan applikasi "OnApp Cloud". Server adalah terletak di London datacenter, United Kingdom yang diuruskan oleh syarikat yang mempunyai sijil ISO 9001 & ISO27001.

Kebaikan "True Cloud Server" ialah "server redundancy". Sekiranya server hardware mengalami kerosakkan, aplikasi "onApp Cloud" akan memindahkan server di lokasi yang lain secara automatik didalam "Cloud". Anda tidak lagi perlu risau tentang downtime sekiranya berlaku kerosakkan hardware.

Software yang digunakan adalah Cloudlinux, cPanel & Varnish Cache web accelerator.

Sebelum pelancaran, Zianit Hosting ingin menganalisa keupayaan server kami. Oleh itu, kami menawarkan hosting PERCUMA kepada 20 warga Carigold yang berminat untuk menyertai "stress test" keatas server kami. Tempoh hosting percuma adalah sehingga 30hb September 2012.

Lebih banyak akaun akan diberikan dari masa kesemasa dalam tempoh tersebut. Kami juga mungkin melanjutkan tempoh percubaan percuma mengikut keperluan.

Akaun hosting yang ditawarkan adalah seperti berikut

Disk Space : 2GB on RAID10 SAN (Storage Area Network)
Bandwidth : 100GB sebulan
cPanel Hosting Control Panel
Addon Domain : 10
MYSQL database : 25



Syarat-syarat penyertaan ialah

1. Tidak menggunakan hosting akaun dengan menyalahi undang-undang seperti menyebarkan warez, bahan-bahan lucah & spam.
2. Anda mesti menggunakan akaun ini semaksima yang boleh.
3. Menulis sedikit review di website anda mengenai Zianit Hosting

Sebagai penghargaan penyertaan anda, di akhir tempoh, Zianit Hosting akan membenarkan anda menyimpan akaun ini dengan harga RM60 setahun. Spesikasi akaun mungkin berubah berdasarkan keputusan "stress test".

Zianit Hosting akan membantu untuk anda migrate ke Zianit Hosting dengan percuma. Sekiranya anda mahukan zero downtime bagi tujuan migration, saya syorkan anda menggunakan Cloudflare DNS server. Selepas itu anda cuma perlu mengubah IP ke server Zianit Hosting di akaun Cloudflare.

Untuk penyertaan, anda boleh hantar email ke [email protected]. Anda perlu memberikan nama penuh, alamat, e-mail, HP no & menyatakan URL semua website anda rancang menggunakan Zianit Hosting & menyetujui syarat-syarat penyertaan.
 
Back
Top
Log in Register