BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Free] Jadikan USB anda Bootable Windows 7. Tutorial Di Sini

ratusanRM

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,690
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
364
Points
131
Salam,

Sebelum ini saya ada menjual pendrive tersedia dengan windows 7. Namun kini tidak lagi :">:">

Saya share benda ini untuk tatapan anda semua. Tiada software khas digunakan :o:o

Hanya menggunakan command dalam windows sahaja :)cgrock

Peralatan yang diperlukan :

- Pendrive 4GB minimum
- Windows 7 Installation Files
- Komputer/Notebook/Netbook :p

Langkah-langkah Yang Perlu Dilakukan :

1- Masukkan pendrive 4GB anda ke dalam notebook/netbook/komputer anda.
2- Pastikan anda telah mengalihkan semua data dalam pendrive tersebut (melainkan pendrive baru). :p
3- Klik pada button Windows
4- Klik pada All Programs > Accessories
5- Klik button kanan pada Command Prompt
6- Pilih Run as Administrator
7- Taip DISKPART dan tekan enter
8- Taip LIST DISK dan tekan enter
9- Akan kelihatan 2 paparan list disk.
10- Taip SELECT DISK 1 (Kebiasaannya DISK 1 namun pastikan disk yang anda pilih adalah mengikut kapasiti pendrive anda) :p
11- Taip CLEAN dan tekan enter
12- Taip CREATE PARTITION PRIMARY dan tekan enter
13- Taip SELECT PARTITION 1 dan tekan enter
14- Taip ACTIVE dan tekan enter
15- Taip FORMAT FS=NTFS dan tekan enter
16- Taip ASSIGN dan tekan enter
17- Taip EXIT dan tekan enter

Kemudian, copy semua file dalam windows installation files dan paste dalam pendrive.

Tadaaaa.... Dah siap :)cgrock

p/s : Tutorial ini hanya untuk Windows 7 & Windows vista sahaja. Windows XP tak masuk senarai :">
 
Last edited:
Saya dah praktikkan teknik ini, dan tiada masalah. Ikut sahaja langkah demi langkah tersebut. Pasti jadi, Insya Allah :)cgrock

Saya akan buat tutorial cara untuk format komputer/notebook/netbook menggunakan windows 7 pula selepas ini.

Rujuk tutorial PANDUAN FORMAT KOMPUTER MENGGUNAKAN WINDOWS 7 <<<< Klik Sini
 
Last edited:
tq TT..t den nk try la..heheh..
 
TT, dia kata run is not reconize.... knapa ek?
 
1- Masukkan pendrive 4GB anda ke dalam notebook/netbook/komputer anda.
2- Pastikan anda telah mengalihkan semua data dalam pendrive tersebut (melainkan pendrive baru).
3- Klik pada button Windows
4- Klik pada All Programs > Accessories
5- Klik button kanan pada Command Prompt
6- Pilih Run as Administrator
Sampai je step tuh trus dia kata run is not reconize..
 
1- Masukkan pendrive 4GB anda ke dalam notebook/netbook/komputer anda.
2- Pastikan anda telah mengalihkan semua data dalam pendrive tersebut (melainkan pendrive baru).
3- Klik pada button Windows
4- Klik pada All Programs > Accessories
5- Klik button kanan pada Command Prompt
6- Pilih Run as Administrator
Sampai je step tuh trus dia kata run is not reconize..

Adeh, musykil pulak dengan masalah RUN not recognize ni.

Command Prompt ada 2.

Kalau klik direct tanpa RUN AS ADMINISTRATOR akan jadi :

C:\users\namaPCanda>

Kalau klik RUN AS ADMINISTRATOR akan jadi :

C:\Windows\System32>
 
bro... my pendrive 8 gig trus rosak bro.... dia trus xtulis capacity... cmne nak format ek? kalau format dia tulis

Uploaded with ImageShack.us
 
thanks TT..
puas aku cri software nk jdikn bootable la..
tpi x jdi..
skang ade panduan dlm bhs mlayu..

terbaikkk!!
 
kalau ustaz bagi tutorial untuk xp lagi molek..sbb pengguna tegar window xp macam saya ni masih ramai lagi:D
 
Back
Top
Log in Register