BTC USD 81,258.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks FREE Apps For Android !

Anda sudah ada Apps Blackmart ?


  • Total voters
    0
Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?

Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.

2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. - Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.

Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.

Bg nmpk clearr skit..

:">:">:">...TQ masta siifu....bro boleh bukak thread pasal ni utk tujuan info dan rujukan..huhuhu...

:)paid:)paid:)paid:)paid:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
sory noob sikit soalan ni..maklum lah msh nubis..

ape bnde root2???huhu

klu x root ape jd??
klu root jd ape plak??

ape beza ye???

root cam kita bley access full...bley delete apps yg tak guna, kira cam administrator ler... cam cam bley buat ky phone kalau dh root.
pas tu kalau root warranty kita void...habis..

kalau ati kering bley root phone tu...kalau takut..tunggu jer stahun..lps abis warranty.

nak details gi kt SINI atau kt SINI (sumer dalam B.I ... kalau tak paham translate jer dalam google)....
 
root cam kita bley access full...bley delete apps yg tak guna, kira cam administrator ler... cam cam bley buat ky phone kalau dh root.
pas tu kalau root warranty kita void...habis..

kalau ati kering bley root phone tu...kalau takut..tunggu jer stahun..lps abis warranty.

nak details gi kt SINI atau kt SINI (sumer dalam B.I ... kalau tak paham translate jer dalam google)....

thnks bro...jase mu d kng..kekeke
 
Back
Top
Log in Register