Untung_Deras
Permanently Banned - Creating Multiple ID
- Messages
- 3,131
- Joined
- Jan 26, 2008
- Messages
- 3,131
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:
* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)
* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)
* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)
* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)
* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)
* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates (Mesir)
* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestin)
* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)
* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)
Bertentangan dengan salahtafsir Mukhriz ini, rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga di mana pandangan komuniti antarabangsa - memilih Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia.
Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.
Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6 juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush direalisasikan.
Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam “casino deal”, dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah ’sesuatu yang normal’. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.
Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.
Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.
KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan - demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan segenap lapisan manusia.
Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat